Insiden tikam pelajar: MCMC ingatkan orang ramai jangan sebar gambar mangsa

October 15, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa semua pihak supaya tidak berkongsi, menghantar atau memuat naik sebarang kandungan termasuk gambar atau video yang memaparkan mangsa, rakan pelajar lain serta lokasi kejadian.

MCMC berkata menggesa semua pihak supaya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan prihatin terhadap keluarga mangsa terlibat dalam insiden pelajar perempuan 16 tahun ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.

“Perbuatan menyebarkan gambar atau video mangsa bukan sahaja melanggar privasi dan maruah keluarga yang berdukacita, malah ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” menurut kenyataan MCMC.

MCMC turut menasihati sesiapa yang telah memuat naik kandungan sedemikian agar memadamkannya dengan segera.

Amaran keras juga dikeluarkan berhubung tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap individu yang didapati mengedarkan bahan tersebut.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman berat terhadap penyalahgunaan rangkaian,” tambah kenyataan itu.

Gesaan ini dibuat bagi memastikan proses siasatan polis dapat dijalankan tanpa gangguan, serta bagi menghormati privasi dan memelihara maruah keluarga mangsa yang sedang berdepan dengan musibah ini.

Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam situasi yang getir ini.

MCMC juga menzahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa selepas kehilangan anak tercinta mereka dalam insiden tersebut.

Berita berkaitan
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026· Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
Drama sentuh sensitiviti akan diambil tindakan, tiada kompromi: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
SPRM buka semula tujuh kes FELDA, ada maklumat baharu
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
1 jam lalu · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
1 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok