Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Lebih 59,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara, termasuk di Pangkalan Udara Butterworth di sini, bakal menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi tidak lama lagi.
Perkembangan positif ini adalah hasil kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai pada Oktober tahun lalu.
Menteri Komunikasi, meninjau perkembangan projek Fibre-to-the-Home (FTTH) di RKAT Pangkalan Udara Butterworth hari ini bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.
Beliau berpuas hati dengan status projek di tapak yang dilaksanakan oleh Stealth Solutions dan TM Technologies Services.
“Melalui projek ini, warga ATM berpeluang melanggan pakej Perajurit Broadband pada harga mampu milik iaitu RM49 sebulan bagi 100Mbps, dengan tawaran pengenalan RM39 sebulan untuk enam bulan pertama,” kata Fahmi semasa lawatannya.
Beliau menegaskan kmudahan ini bukan sahaja untuk meningkatkan kualiti hidup, malah menyokong pendidikan anak-anak serta memperkukuh kesejahteraan keluarga tentera.
Inisiatif ini selari dengan aspirasi Malaysia Madani bagi memastikan tiada komuniti, termasuk warga tentera, tercicir dalam arus digital negara.
MCMC akan terus memantau pelaksanaan projek di semua 73 kem tentera yang terlibat bagi memastikan piawaian dipatuhi dan memberi manfaat maksimum kepada penerima.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
Lapan penerbangan dilencongkan selepas insiden helikopter di Subang
Empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM: Laporan
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri