Iran puji sikap tegas Anwar bersuara berhubung konflik di Asia Barat

April 7, 2026 · Isu semasa

Duta Iran ke Malaysia memuji ketegasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang disifatkan berani dan berprinsip ketika berdepan serangan berterusan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.

Valiollah Mohammadi Nasrabadi berkata pendirian itu meletakkan Malaysia di landasan yang tepat dalam sejarah diplomasi antarabangsa serta mampu mengukuhkan kedudukan negara di peringkat global.

“Sejarah akan menilai kebijaksanaan ini dengan adil dan rakyat Iran tidak akan melupakan sokongan kerajaan serta rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ketegangan antara Iran dan blok Barat, khususnya Amerika Syarikat dan Israel, semakin memuncak sejak beberapa siri serangan yang menyasarkan infrastruktur penting negara itu.

Situasi ini turut mencetuskan kebimbangan global terhadap kestabilan rantau Timur Tengah dan keselamatan tenaga dunia.

Valiollah menegaskan komuniti antarabangsa perlu bersuara terhadap apa yang disifatkannya sebagai jenayah perang.

“Berdiam diri dalam menghadapi tindakan seperti ini adalah satu bentuk persubahatan. Menyasarkan infrastruktur awam mesti dikutuk tanpa dwistandard,” katanya.

Menurut beliau, serangan yang melibatkan kemudahan minyak dan gas, hospital, universiti serta kawasan perumahan jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Malah, tindakan berulang terhadap loji kuasa nuklear di Bushehr meningkatkan risiko bencana yang boleh merentasi sempadan negara.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan Presiden Donald Trump yang didakwa mengancam untuk menyerang kemudahan penting Iran sekiranya Selat Hormuz terus ditutup.

“Apabila seorang pemimpin bercakap tentang menghantar sesebuah negara ‘kembali ke zaman batu’, itu bukan diplomasi tetapi isyarat niat untuk membawa penderitaan besar kepada orang awam,” katanya.

Tambah beliau, jika tindakan sedemikian tidak dihentikan, kedaulatan mana-mana negara dan keselamatan orang awam di seluruh dunia akan terus terancam.

Berita berkaitan
Kumpulan NGO gesa kerajaan dan blok pembangkang sepakat laksana lapan reformasi
6 jam lalu· Politik
Sistem cukai mesti adil, golongan kaya tidak boleh terlepas: PMX
13 jam lalu· Isu semasa
Anwar beri amaran risiko serangan siber terhadap Malaysia
14 jam lalu· Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
November 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
3 jam lalu · Isu semasa
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
3 jam lalu · Isu semasa
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
6 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
9 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok