Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima tamparan hebat apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengambil tindakan tatatertib.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan isu berkenaan tujuh pemain warisan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan disiasat lanjut oleh pihaknya buat masa ini.
Menurut jurucakap SPRM, siasatan awal mendapati perkara itu lebih menjurus kepada isu teknikal dan tidak berada dalam bidang kuasanya.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas SPRM mendapat kerjasama daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membekalkan beberapa dokumen berkaitan proses permohonan dan pendaftaran kewarganegaraan pemain terbabit.
“Berdasarkan semakan awal, isu ini dilihat berkaitan dengan proses teknikal dan tidak berada dalam bidang kuasa SPRM buat masa ini.
“Selain itu, tiada sebarang asas kesalahan yang dikenal pasti di bawah Akta SPRM 2009 setakat ini,” jelas jurucakap itu.
Tegasnya lagi, SPRM tidak akan berhubung secara langsung dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada FAM untuk diselesaikan.
“SPRM menggesa semua pihak memberi ruang kepada proses penyelesaian yang sedang berlangsung dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan perbincangan antara pihak terbabit,” tambahnya.
Keputusan ini dibuat susulan tindakan FIFA yang mengenakan sekatan dan denda terhadap FAM ekoran didapati melanggar peraturan berkaitan pemalsuan dokumen.
FAM telah diarah membayar denda bernilai RM1.8 juta, manakala setiap pemain terlibat dikenakan denda RM10,000.
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil