Isu anggota JAC: Rafizi gesa kerajaan jaga kredibiliti reformasi

November 27, 2025 · Politik

Rafizi Ramli menggesa kerajaan supaya peka terhadap sentimen awam berikutan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Beliau memberi amaran isu ini berpotensi menghakis kredibiliti Pakatan Harapan (PH) dan PKR sebagai parti reformis.

Bekas Menteri Ekonomi itu berkata, kredibiliti reformis merupakan faktor paling kritikal untuk memastikan PH dan PKR dapat dipilih semula pada penggal kedua.

Menurutnya, pelantikan itu mengukuhkan tanggapan bahawa wujudnya rancangan untuk melantik Terrirudin ke jawatan tertinggi dalam badan kehakiman.

Rafizi turut membangkitkan kebimbangannya mengenai dakwaan dalam minit JAC yang didakwa bocor sebelum ini, yang katanya masih belum disiasat sehingga kini.

“Ini mewujudkan situasi ‘double jeopardy’ bagi kerajaan. Bukan sahaja persoalan mengenai kredibiliti Tan Sri Terrirudin akan terus berlegar, malah pelantikan ini memberikan gambaran bahawa Perdana Menteri bertekad untuk meletakkannya di jawatan penting, walaupun dakwaan berkaitannya belum diselesaikan,” katanya melalui Facebook.

Beliau juga menarik perhatian kepada titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, yang dilaporkan media menyatakan kebimbangan mengenai pelantikan baharu JAC.

“Adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk Sultan membuat kenyataan umum sedemikian, justeru titah Tuanku Muhriz tersebut tidak boleh dipandang ringan,” ujarnya.

Rafizi menambah, isu ini menyentuh hati segmen penting penyokong teras PH dan PKR, khususnya dalam kalangan kelas menengah dan pengamal undang-undang yang sangat mengambil berat tentang kebebasan kehakiman.

“Mereka merupakan antara penyokong terawal reformasi,” tegasnya.

Pelantikan Terrirudin itu diumumkan melalui warta kerajaan bertarikh 18 November lalu, berkuat kuasa selama dua tahun mulai 15 November 2025.

Berita berkaitan
Kuasa pengampunan terhadap Najib ikut Perlembagaan: Azalina
September 19, 2026· Politik
Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes
September 19, 2026· Politik
Zamri Vinoth kekal berdepan pertuduhan, perbicaraan April tahun depan
September 18, 2026· Isu semasa
Kes solar Rosmah: Mahkamah Rayuan tangguh keterangan tambahan saksi
September 17, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
September 21, 2026 · Politik
Tuanku Muhriz batal pelantikan semua Exco Negeri Sembilan
September 21, 2026 · Politik
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
13 jam lalu · Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
13 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok