Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi

April 18, 2026 · Politik

Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli UMNO disahkan diterima semula ke dalam parti itu menerusi inisiatif “Rumah Bangsa”, termasuk nama-nama besar seperti Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan Syed Hamid Albar.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Melaka.

“MKT malam ini bersetuju menerima kembali ribuan bekas ahli termasuk tokoh-tokoh utama ke dalam Rumah Bangsa,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Inisiatif “Rumah Bangsa” diperkenalkan oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, sebagai usaha menyatukan semula kekuatan parti yang pernah menjadi tunjang politik negara.

Ia membuka ruang kepada mana-mana bekas ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti untuk kembali tanpa syarat.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian usaha pemulihan UMNO selepas beberapa siri perpecahan dalaman sejak kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan perubahan besar landskap politik negara.

Selain itu, MKT turut meluluskan pindaan peraturan keahlian bagi membolehkan pendaftaran dibuat secara dalam talian.

Menurut Asyraf, pendekatan itu penting untuk menarik penyertaan golongan muda selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Dalam perkembangan lain, UMNO menyuarakan kebimbangan terhadap tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat inflasi global dan ketegangan geopolitik.

Sehubungan itu, parti berkenaan menggesa kerajaan negeri di bawah pentadbirannya seperti di Johor, Melaka, Perak dan Pahang menyalurkan bantuan tambahan kepada rakyat.

Sementara itu, sempena ulang tahun ke-80 UMNO yang akan berlangsung awal Mei di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pelbagai program dirancang termasuk konvensyen khas dan kongres pendidikan.

Mesyuarat sama turut meluluskan cadangan agar persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di peringkat cawangan diadakan secara hibrid, mencerminkan perubahan gaya politik yang semakin adaptif dengan teknologi.

Berita berkaitan
UMNO sedia pertimbang bekas pemimpin Bersatu yang disingkir: Zahid
2 jam lalu· Politik
Bersatu tegas singkir ‘musuh dalam selimut’, elak sabotaj: MPT Bersatu
2 jam lalu· Politik
Mari sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO, Asyraf Wajdi pelawa pemimpin Bersatu disingkir
8 jam lalu· Politik
Tuan Ibrahim persoal Zahid tuduh PAS sebagai ‘pengkhianat’ besar
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Status dua ADUN Kedah digantung Bersatu, Sanusi tunggu perkenan Sultan
8 jam lalu · Politik
Khlir dakwa kedudukan sebagai MP tidak terjejas walaupun digantung Bersatu
9 jam lalu · Politik
Wujud persefahaman baik UMNO-BN dalam Kerajaan Perpaduan: Zahid
9 jam lalu · Politik
PMX paling susah terima soal kenaikan harga barang: Mat Sabu
11 jam lalu · Politik
Bersatu pecat dua ADUN di Kedah, gantung tiga Ahli Parlimen
May 8, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok