Isu bendera terbalik: DAPSY Perak gesa Dr Akmal minta maaf, dakwa hina OKU

August 7, 2025 · Politik

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak hari ini menuntut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, memohon maaf secara terbuka kepada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) berikutan kenyataannya yang didakwa biadab dan tidak berperikemanusiaan.

Setiausaha Publisiti DAPSY Perak, Koh Ling Xian, membidas kenyataan Dr. Akmal berhubung insiden pemasangan Jalur Gemilang terbalik di sebuah sekolah vernakular di Port Dickson, Negeri Sembilan, sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan dan jauh daripada ciri-ciri kepimpinan yang matang.

“Golongan OKU adalah sebahagian daripada masyarakat kita yang mempunyai hak dan maruah sama seperti rakyat lain. Amat memalukan apabila seorang pemimpin muda, ahli politik, dan doktor seperti Dr. Akmal sanggup mempermainkan isu sensitif ini hanya untuk kepentingan politik,” tegas Ling Xian dalam kenyataan rasmi hari ini.

Beliau merujuk kepada hantaran media sosial Dr. Akmal yang menyindir DAPSY dengan meminta mereka turut diberikan status OKU, susulan kritikan terhadapnya berhubung isu bendera terbalik.

Ling Xian menegaskan, sebagai ahli politik, Dr. Akmal sepatutnya menggunakan insiden tersebut untuk menyatukan rakyat dan mengukuhkan semangat patriotik, terutamanya dalam bulan kemerdekaan ini.

“Sebaliknya, beliau memilih untuk terus memanipulasi sentimen dan menimbulkan ketegangan. Ini bukan sahaja memalukan, malah membuktikan ketiadaan integriti sebagai pemimpin,” ujarnya.

Beliau menambah, masyarakat Malaysia memerlukan lebih banyak usaha ke arah keharmonian dan inklusiviti sosial, bukannya politik kotor yang hanya mementingkan populariti diri.

“Kami menuntut Dr. Akmal segera memohon maaf secara terbuka kepada semua OKU di negara ini. Kenyataan dan tindakannya telah melukai perasaan komuniti yang sepatutnya dilindungi, bukan dieksploitasi,” tegas Ling Xian.

Insiden ini dijangka akan terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat, terutamanya dalam bulan kemerdekaan yang sepatutnya diisi dengan semangat perpaduan dan hormat-menghormati.

DAPSY Perak juga menggesa semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu sensitif berkaitan OKU dan sebaliknya bekerjasama membina masyarakat yang lebih inklusif dan prihatin.

Sementara itu, setakat ini belum ada sebarang respons rasmi daripada Dr. Akmal berhubung tuntutan permohonan maaf tersebut.

Berita berkaitan
Pemuda Amanah lapor polis kenyataan Sanusi, dakwa boleh cetus ketegangan kaum
July 25, 2026· Politik
Pemuda PH persoal hala tuju menteri BN susulan kerjasama dengan PN
July 19, 2026· Politik
Puad bidas Akmal, dakwa cetek fahami isu politik anak-beranak
June 28, 2026· Politik
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
June 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Calon PH cabar calon BN berdebat depan pengundi Jeram Padang
7 jam lalu · Politik
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
7 jam lalu · Politik
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
10 jam lalu · Politik
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
10 jam lalu · Politik
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
3 jam lalu
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok