Isu penggantungan Hisham mungkin dibincang dalam mesyuarat MT: Mat Maslan

June 28, 2025 · Politik

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka membincangkan isu melibatkan penggantungan Hishammuddin Hussein pada Isnin ini.

Perkara itu dimaklumkan seorang ahli MT, Ahmad Maslan dengan memberitahu mesyuarat akan berlangsung pada waktu malam dan sekiranya Pengerusi UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membangkitkan perkara itu, ia akan dibincangkan.

“Saya tidak kata menyokong atau tidak menyokong, sebaliknya isu ini perlu mengikut prosedur yang ditetapkan. Keputusan asal penggantungan pun dibuat dalam MT, maka keputusan lanjut juga menerusi mesyuarat MT. Jadi kita tunggu Isnin ini.

“Sudah tentu isu berkenaan akan dibincangkan sekiranya Pengerusi UMNO Johor membawa isu berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bachok hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, UMNO Bahagian Sembrong mencadangkan agar penggantungan keahlian Hishammuddin ditarik semula, selaras dengan matlamat memperkukuh parti di semua peringkat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Hishammuddin digantung keahlian UMNO selama enam tahun atau dua penggal pemilihan MT parti itu, bermula 27 Januari 2023.

Penganalisis politik berpandangan UMNO wajar memberi pertimbangan untuk menerima semula pemimpinnya yang digantung dan dipecat sebelum ini, mengambil kira sumbangan dan kesetiaan mereka kepada parti.

Berita berkaitan
PRN NS: Loke dakwa difitnah pemimpin UMNO konon bakal jadi MB
3 jam lalu· Politik
Perceraian kedua UMNO-PAS hanya soal masa? Wawasan sedang bina naratif Hamzah calon PM
24 jam lalu· Politik
Cadang Hamzah jadi PM: UMNO pasti lebih berhati-hati, tidak mahu ditelan buat kali kedua
24 jam lalu· Politik
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
July 28, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Laporan RCI dedah bonus lumayan kepada kakitangan TH ketika aset susut
3 jam lalu · Politik
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
3 jam lalu · Politik
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
8 jam lalu · Politik
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
8 jam lalu · Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
17 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok