Isu rayuan hasil 40% Sabah: MP DAP kritik dakwaan Hassan Karim sebagai tak berasas

November 13, 2025 · Politik

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata tiada sebarang kecelaruan daripada pihak kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri berhubung isu pelaksanaan perintah mahkamah berkenaan hak 40 peratus hasil negeri Sabah.

Wakil DAP itu menjelaskan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim telah menunjukkan komitmen yang jelas untuk memenuhi segala kewajipan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

“Kerajaan Madani telah berterus-terang dan bertindak terbuka dalam isu ini, termasuklah kesediaan Perdana Menteri untuk menjawab sendiri isu-isu yang dibangkitkan,” ujar Syahredzan dalam satu kenyataan pada Khamis.

Syahredzan mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang mengatakan wujud kekeliruan dalam keputusan kerajaan untuk tidak merayu kes tersebut.

“Dengan segala hormatnya, yang celaru adalah dakwaan Hassan Karim sendiri dan kecelaruan ini telah mengelirukan rakyat,” jelasnya.

Syahredzan menambah, kerajaan Persekutuan sentiasa menghormati hak dan kepentingan negeri Sabah seperti yang dijamin oleh Perlembagaan.

Namun, kerajaan berpendapat wujud kekhilafan dalam satu dapatan khusus oleh mahkamah tersebut.

“Kerajaan merasakan terdapat kekhilafan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terutama mengenai dakwaan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah menyalahgunakan kuasa sejak 1974,” katanya.

Justeru, beliau memaklumkan rayuan yang akan difailkan adalah terhadap dapatan tertentu itu sahaja, dan bukannya terhadap keseluruhan perintah mahkamah.

“Rayuan akan terhad kepada dapatan-dapatan yang menjadi asas rayuan sahaja. Dapatan lain dan perintah mahkamah itu sendiri, tidak termasuk sekali dalam rayuan,” jelas Syahredzan lagi.

Berita berkaitan
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
20 jam lalu· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
20 jam lalu· Politik
AG digesa semak semula 47 kes pertuduhan Zahid: Rayer
September 3, 2026· Politik
DUN Melaka bubar selepas Perhimpunan Agung UMNO?
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
14 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
19 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
19 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
20 jam lalu · Politik
Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok