Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi Awang, yakin pengundi di Sabah tidak akan terpengaruh dengan isu kontroversi ‘roti Gardenia’ yang diperbesarkan sesetengah pihak, sebaliknya percaya rakyat negeri itu lebih celik politik dan mampu menilai isu yang lebih penting.
Presiden PAS itu mengingatkan agar rakyat tidak terkeliru dengan isu kecil sehingga melupakan isu besar yang melibatkan penggadaian negara oleh pemimpin tertentu.
“Saya rasa orang-orang Sabah lebih cerdik daripada pemimpin negara. Orang Sabah makan roti Gardenia saja, tapi pemimpin negara jual negara berapa bilion?
“Berhutang dengan kapal terbang MAS… oh mahal kapal terbang MAS daripada roti Gardenia,” kata Hadi dalam satu klip video di Instagram sewaktu menjalankan jelajah kempen di Sabah.
“Ini beli, ambil bukan hutang. Ini ambil Boeing, ambil itu hutang berapa bilion? Ini nak besarkan pasal roti Gardenia ni… lupa pasal negara kita digadai oleh orang. Ini kena sedar,” tambahnya lagi.
Kenyataannya itu dilihat sebagai penjelasan terhadap isu roti Gardenia yang menimbulkan kritikan banyak pihak terhadap PAS yang merupakan parti komponen utama dalam Perikatan Nasional (PN).
Isu roti Gardenia tercetus sebelum ini apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Kuala Ketil, Mansor Zakaria, didakwa mempersenda rakyat Sabah dengan menyatakan sokongan mereka boleh dibeli hanya dengan pemberian roti Gardenia.
Kenyataan itu menimbulkan kemarahan ramai pihak dan dianggap sebagai satu penghinaan terhadap integriti pengundi di Sabah.
Namun, Hadi Awang dalam penjelasannya cuba meleraikan ketegangan dengan menyeru semua pihak agar tidak memperbesarkan isu berkenaan, sebaliknya menumpukan perhatian kepada isu pembelian aset seperti pesawat Boeing yang melibatkan hutang negara yang besar.
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri