Isu rumah ibadat ceroboh tanah, Azalina gesa guna saluran undang-undang

February 16, 2026 · Isu semasa

Pemilik tanah yang berdepan pencerobohan termasuk pembinaan rumah ibadah tanpa kelulusan disaran menggunakan saluran undang-undang bagi melindungi hak mereka dan mengelakkan konflik lebih besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, tindakan sendiri seperti merobohkan binaan boleh mencetuskan isu sensitif, terutama jika terdapat persetujuan terdahulu yang tidak didokumenkan.

“Kita kena percaya kepada sistem mahkamah kerana mungkin ada cerita di belakang yang kita tidak tahu, termasuk kemungkinan kebenaran lisan atau bayaran yang tidak direkodkan,” katanya selepas Peluncuran Program Pelepasan Dasar Kedua -Fast Track 2026 hari ini di Putrajaya.

Isu pencerobohan tanah bukan perkara baharu di Malaysia, terutama melibatkan pembinaan struktur keagamaan yang kadangkala berlaku di atas tanah milik persendirian.

Kes seperti ini sering mencetuskan ketegangan sosial kerana ia berkait rapat dengan sensitiviti agama dan komuniti setempat.

Kenyataan itu dibuat susulan garis panduan oleh Majlis Keselamatan Negara di Selangor yang menyarankan pemilik tanah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dan pendakwaan dijalankan jika kesalahan dapat dibuktikan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebelum ini menekankan kepentingan langkah itu bagi memastikan tindakan dibuat mengikut undang-undang.

Pada masa sama, Azalina mencadangkan pendekatan mediasi sebagai alternatif penyelesaian.

Menurutnya, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) sedang memperluaskan peranan pusat mediasi bagi membantu menyelesaikan konflik dengan lebih cepat dan kos lebih rendah.

“Tak semestinya semua kes perlu pergi ke mahkamah. Mediasi boleh percepat penyelesaian dan kurangkan kos,” katanya, sambil menambah usaha memperkukuh sistem mediasi akan menjadi fokus utama sepanjang 2026.

Berita berkaitan
Hannah Yeoh pertimbang saman fitnah isu tanah di Cheras
May 20, 2026· Politik
RUU had tempoh jawatan PM dibentang semula Jun Ini: Azalina
May 19, 2026· Isu semasa
Siasatan isu mesin layan diri luar bidang kementerian: Akmal Nasrullah
May 16, 2026· Isu semasa
Hina sahabat Nabi perbuatan haram dan berdosa besar: Menteri Agama
May 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak negara stabil hingga Julai: Akmal Nasrullah
13 jam lalu · Isu semasa
JAWI kekalkan status sesat bagi ajaran Ahmadiah, Qadiani
14 jam lalu · Isu semasa
Harga sayur naik di Kelantan, Mat Sabu arah FAMA pantau
14 jam lalu · Isu semasa
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dibuka 4 Jun
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok