Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mencadangkan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing supaya tumpukan kepada sudut pelancongan mesra Muslim.
Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing serta kementeriannya bagi memastikan insen penghidangan arak di acara rasmi kerajaan tidak berulang.
Perdana Menteri menegaskan penjelasan kementerian tersebut minuman keras hanya dihidangkan selepas acara rasmi tamat adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima.
“Penjelasan MOTAC ialah ini setelah selesai acara rasmi, tapi tempat dan majlis yang sama. Kami telah berikan peringatan keras kepada Menteri dan Kementerian supaya tidak mengulangi kesilapan ini walaupun penjelasan itu adalah bahawa program berakhir tetapi tidak wajar sama sekali,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar pulang Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif yang baru sahaja mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya.
Anwar turut menegaskan telah mengingatkan seluruh Jemaah Menteri serta jentera kerajaan supaya tidak cuai dalam menangani isu sensitif seumpama ini.
“Saya peringatkan Jemaah Menteri dan seluruh jentera kerajaan supaya tidak cuai dalam masalah ini,” ujarnya lagi.
Isu ini tercetus ekoran tularnya gambar yang memaparkan minuman keras dihidangkan pada majlis makan malam sempena program Global Travel Meet yang dihadiri oleh King Sing.
Beberapa gambar lain turut menunjukkan menteri berkenaan serta beberapa tetamu yang hadir memegang gelas berisi wain dan bir.
Dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan sebarang bentuk penghidangan arak dalam sebarang acara rasmi kerajaan.
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum