Pengerusi PKR Johor, Dr Zaliha Mustafa.
Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan status tanah Kampung Sungai Baru yang menjadi polemik kebelakangan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, menggesa semua pihak memberi ruang kepada proses keadilan tersebut dan menjelaskan berdasarkan maklumat semasa, kawasan itu tidak berstatus Tanah Rizab Melayu atau Malay Agricultural Settlement (MAS).
“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana ia masih dalam kes mahkamah dan kita menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan perkara ini.
“Namun, setakat apa yang kita dapat tahu, ia memang bukan tanah MAS. Semua bukti telah diserahkan kepada mahkamah untuk menentukan,” kata Dr Zaliha ketika ditemui selepas meninjau rumah penduduk yang rosak akibat ribut di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, hari ini.
Pendirian itu selari dengan kenyataan Persatuan Kebajikan Pemilik Harta Kampung Sungai Baru yang menegaskan tanah tersebut bukan Tanah Rizab Melayu, berdasarkan perjanjian jual beli dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak 1971 dan status pajakan 99 tahun untuk rumah-rumah di situ.
Mengenai jaminan pengekalan penduduk Melayu di kampung berkenaan, Dr Zaliha menyatakan perkara itu masih dalam perbincangan.
“Kalau ia bukan tanah MAS, tentulah ada sekatan-sekatan yang berbeza. Bagaimanapun, kita boleh berbincang mengenai perkara ini. Saya difahamkan pihak pemaju juga terbuka untuk berbincang,” ujarnya.
Beliau juga menegaskan kerajaan tetap mengambil berat tentang kepentingan orang Melayu, selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Saya yakin bahawa penduduk hendak seperti mana yang Tuanku Sultan sebut, bahawa kepentingan orang Melayu mesti dijaga. Sudah pastinya kita mengambil berat mengenai perkara ini,” tegas Dr Zaliha.
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri