Isu surat layang: Pemimpin Bersatu desak siasatan terhadap dakwaan ‘broker’ dalam parti

September 3, 2025 · Politik

Seorang pemimpin Bersatu, Azmi Alang menggesa supaya parti itu menyiasat dakwaan serius yang terkandung dalam surat layang berkaitan Timbalan Presiden parti, Hamzah Zainudin.

Azmi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Tawar dan Ketua Bahagian Bersatu Tasek Gelugor, berkata isu ‘broker’ dalam parti itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan integriti kepimpinan dan kebenaran perlu disiasat bagi mengenal pasti dalang sebenar.

Beliau memberi contoh ketika Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal mendedahkan surat layang mengenai penjualan saham MAHB sebelum ini, di mana isu kandungan surat itu yang lebih penting, bukan siapa yang menulisnya.

“Rakyat dan ahli parti mahu tahu kebenaran. Begitu juga dengan isu broker dalam parti. Ini isu serius dan perlu disiasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Azmi menggesa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti perlu menjalankan siasatan segera bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi dan tuduhan.

Menurutnya, jika siasatan mendapati tuduhan itu tidak benar, ia akan membersihkan nama Hamzah. Sebaliknya, jika wujud ‘broker’ dalam parti, tindakan tegas perlu diambil.

“Broker dan pengkhianat tidak boleh dibiarkan dalam parti. Ahli-ahli Bersatu berhak tahu kebenaran,” tegas Azmi.

Beliau yakin siasatan telus amat diperlukan bagi mengekalkan kredibiliti dan maruah parti.

Terdahulu media melaporkan wujud surat layang mendakwa Hamzah mempunyai agenda untuk menjatuhkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Surat layang itu juga mendakwa Hamzah sebagai “broker” yang menggerakkan cadangan bagi menubuhkan Majlis Eksekutif Perikatan Nasional (MPN).

Dalam perkembangan lain, Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, mendakwa dia belum menerima sebarang surat layang berkenaan.

“Saya sendiri tidak terima sebarang surat layang jadi susah nak komen.

“Dakwaan di dalam surat layang yang dipanjangkan oleh saudara itu berat dan perlu dipastikan kebenarannya,” katanya dipetik Malaysiakini.

Berita berkaitan
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
September 20, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Kuasa bukan untuk kepentingan diri: Mat Sabu
September 16, 2026· Politik
Hilman bebas pertuduhan cetus ketakutan awam
September 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
10 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
11 jam lalu · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
11 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
16 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok