Isyarat penuh tapi tiada Internet, MCMC ganti gentian optik berkapasiti tinggi: Nie Ching

July 15, 2026 · Isu semasa

MCMC mempergiat usaha menaik taraf rangkaian penghantaran menggunakan gentian optik berkapasiti tinggi bagi menangani masalah pengguna yang menerima isyarat telefon penuh tetapi gagal mengakses Internet.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, langkah itu dilaksanakan bersama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi sebagai sebahagian daripada usaha mengatasi gangguan talian teras yang menjejaskan pengalaman pengguna.

Menurut beliau, penambahbaikan itu turut merangkumi pelaksanaan jaringan lewah serta penyediaan laluan penghantaran alternatif bagi mengurangkan risiko gangguan akibat kegagalan pada satu laluan utama.

“Isu ketiadaan akses Internet walaupun pengguna menerima isyarat telefon yang kuat atau ‘full bars’ boleh berlaku akibat beberapa faktor yang menjejaskan kualiti perkhidmatan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Nie Ching menjelaskan, antara punca utama masalah itu ialah kesesakan kapasiti rangkaian susulan penggunaan data yang tinggi serta gangguan atau kerosakan pada talian penghantaran.

Selain itu, faktor fizikal seperti kabel gentian optik dipotong, vandalisme, kecurian, bencana alam, ancaman binatang liar dan kerja pembinaan turut boleh menyebabkan gangguan perkhidmatan.

Beliau berkata, prestasi capaian Internet juga bergantung kepada keadaan peranti pengguna, tetapan telefon, jenis pelan langganan serta baki kuota data yang masih ada.

“Selain faktor rangkaian, pengalaman pengguna turut dipengaruhi oleh keadaan peranti, tetapan telefon, jenis pelan langganan serta baki kuota data yang tersedia,” katanya.

Bagi memastikan perkhidmatan kekal beroperasi ketika berlaku gangguan, MCMC turut menaik taraf kemudahan sokongan termasuk sistem jana kuasa sandaran di tapak komunikasi.

Katanya, semua tapak komunikasi dipantau secara berterusan oleh syarikat penyedia perkhidmatan menerusi Pusat Pemantauan Rangkaian (NMC) yang beroperasi sepanjang masa.

Pada masa sama, MCMC turut memperkukuh aspek keselamatan menara komunikasi di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), terutama di lokasi yang dikenal pasti berisiko.

“Pemberi perkhidmatan telah mengambil langkah memperkasakan tapak-tapak menara komunikasi yang berisiko dengan pemasangan kelengkapan antikecurian dan antivandalisme seperti sesalur besi bagi mengelakkan kabel tembaga dipotong serta dicuri,” katanya.

Pelan JENDELA merupakan inisiatif kerajaan untuk memperluas liputan dan meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi di seluruh negara, termasuk memperkukuh infrastruktur digital bagi memenuhi permintaan penggunaan data yang terus meningkat.

Berita berkaitan
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
4 jam lalu· Isu semasa
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
September 22, 2026· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
September 22, 2026· Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
September 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
21 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
22 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
22 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
September 23, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok