ITU PP-26 bermula di Doha, Fahmi akan sampaikan kenyataan dasar Malaysia: Bernama

November 9, 2026 · Isu semasa

Persidangan Perwakilan Penuh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) 2026 (PP-26) bermula hari ini, menghimpunkan pemimpin telekomunikasi, pembuat dasar dan wakil kerajaan dari seluruh dunia untuk merangka masa depan ketersambungan digital global.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang mengetuai delegasi Malaysia, dijadual menyampaikan kenyataan dasar negara semasa sesi pleno pertama pada jam 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia), di Pusat Pameran dan Konvensyen Doha (DECC).

Persidangan empat tahun sekali itu yang diadakan dari 9 hingga 27 Nov, merupakan badan pembuat keputusan tertinggi ITU yang menentukan hala tuju strategik, dasar dan kepimpinan organisasi tersebut bagi kitaran empat tahun akan datang.

Penyertaan Malaysia membawa kepentingan yang tinggi, kerana negara berusaha untuk mengekalkan kerusinya dalam Majlis ITU yang dianggotai 48 ahli bagi penggal 2027-2030.

Menurut program rasmi, Fahmi akan memulakan jadualnya dengan mesyuarat rasmi Ketua-Ketua Delegasi diikuti dengan majlis perasmian pada 11 pagi.

Pada sela-sela persidangan tersebut, beliau dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa rakan sejawat, termasuk wakil dari Fiji, Costa Rica dan Finland, sebagai sebahagian daripada jangkauan diplomatik Malaysia.

Fahmi juga dijangka bertemu wakil kanan GSMA, untuk meneroka peluang bagi mengukuhkan penglibatan dengan industri komunikasi mudah alih global.

PP-26 juga akan menyaksikan negara-negara anggota memilih kepimpinan eksekutif tertinggi ITU, ahli-ahli Lembaga Peraturan Radio dan 48 negara, yang akan berkhidmat dalam Majlis ITU.

Fahmi kini dalam lawatan kerja ke Doha dari 6 hingga 11 Nov untuk mengetuai delegasi Malaysia ke PP-26 ITU dan memastikan pemilihan semula Malaysia ke Majlis ITU bagi penggal 2027-2030.

Beliau diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi Mano Verabathran. – Bernama

Berita berkaitan
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
6 jam lalu· Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
7 jam lalu· Isu semasa
Bina tabiat digital sihat, jangan biar anak leka gajet: Fahmi
November 20, 2026· Isu semasa
Fahmi saran pengusaha perniagaan kemuka isu kepada kerajaan: Bernama
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
4 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya ke Turkiye: Zahid umum lulus, Mat Sabu kata Kabinet belum bincang
10 jam lalu · Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
10 jam lalu · Isu semasa
Pua persoal Zahid, ungkit kegagalan GST era Najib
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok