Jadi bangsa merdeka, jangan terpedaya dengan scammer dan fitnah: Fahmi

September 16, 2025 · Isu semasa

Fahmi Fadzil menyeru orang ramai, khususnya golongan belia, agar tidak leka dengan kemajuan teknologi digital sehingga menjadi mangsa penipuan dan berita palsu.

Menurut Menteri Komunikasi tersebut, kemerdekaan yang sebenar perlu disertai dengan kebijaksanaan menangani cabaran semasa seperti ancaman penipu (scammer) dan penyebar fitnah.

“Pada kala kita menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kita berkata bahawa kita adalah bangsa yang merdeka. Tapi (ia) tidak bermakna kalau kita terus dijajah oleh scammer dan pemfitnah,” katanya semasa semasa merasmikan Program Jiwa Merdeka: Aspirasi Belia Madani di Butterworth hari ini.

Fahmi menekankan pentingnya sikap berhati-hati dan kritis ketika menggunakan internet dan media sosial.

Beliau mengingatkan agar orang ramai tidak mudah percaya dengan kandungan tular yang disebarkan oleh pempengaruh di pelbagai platform.

“Permintaan saya, sila hati-hati. Bila kita membaca, menonton dan melihat perkara dalam media sosial, belum tentu benda yang kita lihat itu betul atau benar belaka.

“Tidak pasti, jangan kongsi. Semak baru sebar,” pesannya.

Program anjuran J-KOM Pulau Pinang itu dihadiri lebih 1,000 belia dan menampilkan pelbagai aktiviti seperti e-sukan, wacana ilmiah, serta konvoi 200 motosikal membawa Jalur Gemilang.

Fahmi turut menyampaikan anugerah kepada penerima dalam kategori kepimpinan, sukan, dan keusahawanan.

Acara kemuncak program ialah kejohanan e-sukan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM8,000.

Berita berkaitan
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
iQIYI turunkan 6 episod Madu atau Racun, baki enam lagi ditangguhkan
September 2, 2026· Isu semasa
77 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Nepal, 55 masih belum dapat dikesan: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Drama sentuh sensitiviti akan diambil tindakan, tiada kompromi: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
1 jam lalu · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
1 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok