Jafry Ariffin dilantik Pengerusi UMNO Sabah baharu

December 10, 2025 · Politik

UMNO mengumumkan pelantikan Jafry Ariffin sebagai Pengerusi PerhubunganSabah yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan ADUN Sukau itu dibuat bagi menggantikan Bung Moktar Radin yang meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Jafry sebelum ini memegang jawatan Setiausaha UMNO Sabah dan kini menggalas tanggungjawab memimpin jentera parti di peringkat negeri.

Dalam masa sama, Mohd Hasnol Ayub dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, manakala Samasuddin Yusop dinamakan sebagai Setiausaha UMNO Sabah.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan barisan kepimpinan baharu itu telah dipersetujui oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, selaras dengan peruntukan perlembagaan parti.

“Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengukuhkan gerak kerja UMNO di Sabah agar lebih tersusun dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, UMNO turut menyeru seluruh pimpinan dan ahli parti agar memberi sokongan penuh kepada kepimpinan baharu demi memastikan parti terus relevan dan mampu berkhidmat kepada rakyat Sabah.

“Kerjasama padu semua pihak amat penting supaya UMNO dapat terus memainkan peranan sebagai wadah perjuangan yang stabil dan konstruktif di negeri ini,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Bung Moktar dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.46 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Berita berkaitan
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
4 jam lalu· Politik
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
4 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
8 jam lalu· Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
7 jam lalu · Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
7 jam lalu · Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
7 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
9 jam lalu · Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok