Jaga hubungan Malaysia-Indonesia dalam isu sempadan: Anwar

February 4, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati apabila membincangkan isu sempadan Malaysia–Indonesia agar tidak menyinggung perasaan negara jiran itu.

Perdana Menteri berkata perbezaan pandangan adalah perkara biasa, namun hubungan dua hala yang telah lama terjalin perlu sentiasa dipelihara.

“Kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan menjatuhkan hukuman dan jangan menyinggung perasaan rakan kita di Indonesia yang berusaha menjalin hubungan yang sangat baik dan akrab antara dua negara,” katanya semasa Sesi Penerangan Khas Parlimen mengenai jajaran sempadan Malaysia–Indonesia di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, hubungan kerjasama Malaysia dan Indonesia sejak 1970-an kekal kukuh dengan rundingan sempadan dijalankan secara berterusan di pelbagai peringkat, daripada pegawai teknikal sehingga kepimpinan tertinggi kedua-dua negara.

Isu ini kembali menjadi perhatian selepas laporan media mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.

Bagaimanapun, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sebelum ini menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan maklumat itu tidak tepat.

Untuk rekod, Malaysia dan Indonesia berkongsi sempadan darat dan laut yang panjang, termasuk di Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

Rundingan sempadan antara kedua-dua negara mengambil masa panjang kerana melibatkan faktor sejarah, geografi serta kepentingan keselamatan dan ekonomi.

Setakat ini, masih terdapat beberapa kawasan yang belum dimuktamadkan termasuk lima kawasan zon pesisir di sektor Sabah–Kalimantan Utara serta empat kawasan Outstanding Boundary Problem di sektor Sarawak–Kalimantan Barat.

Anwar turut mengingatkan supaya isu sempadan tidak dipolitikkan sehingga menjejaskan kepentingan negara.

“Kalau hendak cari keuntungan politik sempit, ini bukan masanya untuk korbankan kepentingan Malaysia atau hubungan baik antara dua negara,” katanya.

Beliau juga menolak dakwaan kononnya Malaysia sudah menyerahkan kawasan Ambalat, sambil menegaskan perkara itu masih dalam proses rundingan.

Pada masa sama, beliau menghargai usaha pegawai teknikal dan pasukan keselamatan yang terpaksa meredah kawasan hutan bagi memastikan pemetaan sempadan negara tepat dan lengkap.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
4 jam lalu· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
15 jam lalu· Politik
Turkiye belum sedia terima pelarian Rohingya
15 jam lalu· Isu semasa
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
November 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
2 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
2 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
3 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
2 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok