Jalur Gemilang tanpa bulan bintang: MB Terengganu nafi sengaja

August 10, 2026 · Isu semasa

Pemasangan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan dan bintang di Dataran Batu Buruk yang tular di media sosial baru-baru ini bukan dilakukan secara sengaja.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejadian itu merupakan kes terpencil dan berlaku tanpa disengajakan.

Beliau berkata, pihak berkaitan akan menjalankan siasatan bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang, termasuk jika pemasangan bendera dilakukan orang awam.

“Saya rasa itu bukan kes yang disengajakan, kes yang terpencil dan tidak disengajakan.

“Justeru, kita akan lakukan siasatan dan memastikan perkara itu tidak berulang lagi, walaupun siapa juga yang memasangnya termasuk orang awam dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan Hari Renjer Sedunia 2026 peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Lizan Che Mat menjelaskan Jalur Gemilang berkenaan sebenarnya mempunyai lambang bulan dan bintang, namun bahagian itu tercabut daripada jahitan.

Menurutnya, keadaan itu dipercayai berlaku selepas bendera berkenaan dilanda ribut kuat pada hari kejadian.

“Berikutan kejadian itu, pihak kami mengambil tindakan serta-merta dengan menurunkan bendera berkenaan pada Jumaat lalu dan menggantikannya dengan Jalur Gemilang yang baharu.

“Bendera yang lama bukan tidak ada bulan dan bintang, cuma bahagian itu tercabut akibat ribut kuat,” katanya.

Lizan berkata, MBKT selepas ini tidak lagi menggunakan kaedah menjahit bahagian tertentu pada bendera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sebaliknya, pihak berkuasa tempatan itu akan membeli Jalur Gemilang yang siap sepenuhnya dan berada dalam keadaan baik sebelum dipasang.

“MBKT mengambil serius perkara berkenaan dan akan memastikan bendera yang dipasang berada dalam keadaan baik serta mematuhi spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Isu itu sebelum ini menjadi perhatian selepas video memaparkan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan dan bintang di Dataran Batu Buruk tersebar di media sosial.

Paparan berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi warganet, termasuk persoalan mengenai pemasangan dan keadaan bendera berkenaan.

Pihak MBKT kemudian mengambil tindakan segera dengan menurunkan bendera tersebut dan menggantikannya dengan Jalur Gemilang baharu.

Kejadian itu berlaku ketika seluruh negara sedang menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2026, sekali gus menjadikan pemasangan Jalur Gemilang di lokasi awam mendapat perhatian lebih tinggi.

Berita berkaitan
Khabar angin letak jawatan Menteri Besar, Ismail tampil beri penjelasan
October 27, 2026· Politik
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
October 26, 2026· Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026· Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
October 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
2 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
3 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
3 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok