Jangan buat pembelian panik, bekalan asas negara masih stabil: Fahmi

May 21, 2026 · Isu semasa

Fahmi Fadzil mengingatkan rakyat supaya tidak melakukan pembelian panik susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik berterusan di Asia Barat yang turut memberi kesan kepada harga dan bekalan beberapa barangan penting.

Menteri Komunikasi berkata konflik global yang masih belum reda di Asia Barat bukan sahaja mempengaruhi harga minyak dunia dan bahan api seperti RON95, RON97 serta diesel, malah turut memberi kesan kepada rantaian bekalan bahan lain.

“Saya sendiri setiap hari akan melihat perkembangan terkini perang di Asia Barat kerana ia memberi kesan besar kepada ekonomi dunia dan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Kementerian Komunikasi di Angkasapuri Kota Media.

Menurut Fahmi, kerajaan melalui PETRONAS dan pelbagai agensi berkaitan telah mengambil langkah bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan asas negara kekal mencukupi sehingga hujung tahun.

“Jangan buat pembelian panik. Beli apa yang perlu dan beri ruang kepada orang lain untuk mendapatkan keperluan mereka juga. InsyaAllah bekalan minyak dan barang asas masih mencukupi,” katanya.

Beliau turut menyentuh peningkatan kecil kadar inflasi seperti diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), namun menjelaskan inflasi bagi sektor makanan menunjukkan penurunan dan keadaan keseluruhan masih terkawal.

Pada masa sama, Fahmi menyeru semua jabatan kerajaan mengamalkan perbelanjaan berhemah termasuk menyederhanakan penganjuran acara serta penggunaan lokasi bagi mengurangkan kos operasi kerajaan.

Katanya, usaha penjimatan perbelanjaan operasi yang dilaksanakan kerajaan kini telah mencapai kira-kira 50 peratus daripada sasaran dalam tempoh sebulan selepas arahan dikeluarkan.

“Di Kementerian Komunikasi sendiri termasuk persiapan Hari Kebangsaan, kita akan maksimumkan keupayaan tanpa menambah kos. Di mana boleh berjimat, kita akan lakukan,” katanya lagi.

Kenyataan Fahmi dibuat ketika kerajaan sedang memperkukuh langkah kesiapsiagaan ekonomi susulan ketidaktentuan geopolitik global dan kebimbangan terhadap rantaian bekalan dunia.

Berita berkaitan
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
1 jam lalu· Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
2 jam lalu· Politik
Persefahaman AS-Iran dialu-alukan, harap redakan ketegangan Asia Barat: PMX
June 15, 2026· Isu semasa
Polis siasat dakwaan Rosmah terlibat pembelian hartanah mewah di AS
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
June 16, 2026 · Isu semasa
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
1 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
8 jam lalu · Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok