Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet ATM Tahun 2025 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, pada Sabtu.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditegur Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengenai budaya penggunaan media sosial yang perlu digunakan secara berhemah.
Baginda bertitah tidak semua perkara dalam ATM yang boleh dikongsi dalam media sosial, khususnya mengenai maklumat sensitif yang boleh menjejaskan kerahsiaan aset ketenteraan negara.
“Janganlah memuat naik semua perkara termasuk maklumat berhubung organisasi, penempatan pasukan, lokasi gerakan dan lain-lain maklumat sensitif mengenai ATM.
“Saya mahu perkara ini dihentikan serta-merta. Guna akal dan fikiran.
“Jangan kita mendedahkan pelbagai perkara untuk tontonan umum. Adalah lebih baik kita beringat, supaya tidak menyesal kelak kemudian hari,” titah baginda.
Baginda juga bertitah peralatan serta persenjataan terkini adalah amat mustahak dan adalah amat penting untuk pasukan keselamatan negara itu supaya sentiasa bersedia dan dilengkapi dengan teknologi pertahanan terkini bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
“Peperangan ini juga melihatkan bagaimana Iran dan Israel dengan mudah menggunakan maklumat yang diperolehi syarikat teknologi awam, aplikasi pintar dan media sosial untuk serangan.
“Oleh sebab itu adalah amat penting ATM untuk sentiasa bersedia dan dilengkapi dengan teknologi pertahanan terkini bagi menghadapi sebarang kemungkinan.Ini kerana kita tidak tahu siapakah lawan dan siapakah lawan,” titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet ATM Tahun 2025 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, pada Sabtu.
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
Akses lebih adil kepada pelajar pelbagai aliran masuk ke universiti awam: Loke
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong