Jangan tabur fitnah di media sosial, elak penularan kandungan palsu: Agong

June 1, 2026 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah kebebasan bersuara di media sosial tidak seharusnya disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan kebencian sehingga boleh menjejaskan keharmonian rakyat serta kestabilan negara.

Baginda bertitah, penyebaran maklumat palsu dan kandungan tidak benar kini semakin membimbangkan, lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang digunakan untuk menghasilkan video serta suara tiruan atau deepfake bagi mengelirukan masyarakat.

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa kebebasan bersuara di media sosial bukan medan untuk menabur fitnah dan kebencian dalam kalangan rakyat,” titah baginda.

Sehubungan itu, Sultan Ibrahim menyeru pihak berkuasa supaya mempertingkat pemantauan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyalahgunakan platform digital untuk menyebarkan kandungan palsu.

“Justeru saya menyeru pihak berkuasa untuk terus meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan bagi membendung perkara tersebut,” titah baginda semasa Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Menurut baginda, keadaan menjadi semakin rumit apabila teknologi AI digunakan secara tidak bertanggungjawab untuk menghasilkan berita palsu menggunakan gambar dan suara individu tertentu.

“Malah gambar saya juga turut digunakan dalam video dan kandungan palsu untuk mengelirukan orang ramai,” titah baginda lagi.

Isu penyebaran berita palsu dan kandungan berunsur fitnah di media sosial semakin mendapat perhatian sejak kebelakangan ini susulan peningkatan penggunaan teknologi AI generatif yang mampu menghasilkan gambar, audio dan video menyerupai individu sebenar.

Teknologi deepfake dilihat antara cabaran baharu yang dihadapi pihak berkuasa kerana kandungan sedemikian boleh mempengaruhi persepsi masyarakat serta mencetuskan kekeliruan.

Selain itu, Sultan Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada semua penerima darjah kebesaran dan pingat Persekutuan tahun ini.

Baginda menegaskan anugerah yang diterima bukan untuk dibanggakan, sebaliknya perlu dijadikan dorongan untuk terus berkhidmat dengan ikhlas kepada agama, bangsa dan negara.

Sultan Ibrahim turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda serta menzahirkan terima kasih atas doa dan sokongan rakyat sepanjang baginda memikul amanah sebagai Ketua Negara.

“Marilah kita berdoa semoga negara kita, Malaysia, sentiasa dilimpahi rahmat, keamanan dan kemakmuran serta rakyatnya terus hidup harmoni, sejahtera dan bersatu padu,” titah baginda.

Berita berkaitan
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu· Politik
Anwar: Lepas TH, Agong titah bongkar Felda
August 15, 2026· Politik
Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung kenyataan fitnah
August 11, 2026· Politik
Menteri Agama: Tiada kompromi dalam siasatan RCI TH
August 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
9 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok