Jawatan menteri hanya sementara, kata Rafizi pakar formula

May 19, 2025 · Politik

Semakin jelas Rafizi Ramli akan melepaskan jawatan menteri yang disandangnya selepas berakhir pemilihan PKR nanti.

Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata jawatannya sebagai Menteri Ekonomi hanya bersifat sementara dan akan ada pengganti selepas ini, sekali lagi mengulangi kenyataan yang diungkap semasa berkempen dalam pemilihan parti baru-baru ini.

“Kehadiran saya di sini bersifat sementara, dan akhirnya akan ada menteri ekonomi lain yang menggantikan saya.

“Namun apa yang saya ingin tegaskan ialah, kesinambungan dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu,” katanya ketika berucap pada Persidangan Rakan Kongsi Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) hari ini.

Sebelum ini semasa program podcast Yang Bakar Menteri (YBM), Rafizi sudah menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Mengulas lanjut Rafizi berkata, jika tidak lagi terikat dengan tanggungjawab sebagai menteri, beliau akan lebih bebas bersuara dalam pelbagai isu tanpa terikat dengan etika jemaah menteri.

“Satu, saya tidak lagi dibebankan dengan tugas berat sebagai menteri. Kedua, saya akan lebih gembira kerana mulut dan tangan saya tidak lagi terikat.

“Sebagai anggota pentadbiran, saya tidak boleh menyuarakan ketidaksetujuan secara terbuka walaupun, contohnya, saya tidak setuju dengan pelantikan Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) .

“Kalau saya cakap, itu akan menyusahkan Perdana Menteri sebab pelantikan itu adalah budi bicara beliau,” ujar Rafizi.

Berita berkaitan
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
June 24, 2026· Politik
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
15 jam lalu· Politik
Srikandi PKR persoal sumbangan Rafizi kepada anak muda
June 22, 2026· Politik
Speaker umum kekosongan kerusi Pandan dan Setiawangsa
June 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
June 24, 2026 · Politik
Bukankah FELDA diurus Pengerusi dan Menteri UMNO? DAPSY persoal dakwaan MB Johor
June 24, 2026 · Politik
Puad dakwa ada yang ‘tidak kena’ dalam senarai calon BN Johor
June 24, 2026 · Politik
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
4 jam lalu · Politik
Tiada arahan sekat Onn Hafiz masuk ke FELDA: Zahid
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok