Jerebu.
Kawasan Pasir Gudang, Johor mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di negara ini dengan bacaan 207, sekali gus berada pada tahap sangat tidak sihat setakat jam 9 pagi, 15 Oktober.
Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 30 kawasan lain turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, manakala 37 kawasan mencatatkan tahap sederhana.
Di Selangor, Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi dengan 185, diikuti Klang (181), Petaling Jaya (173), Shah Alam (171), Banting (169) dan Kuala Selangor (155).
Di Johor, selain Pasir Gudang, Larkin mencatatkan bacaan 194, Pengerang (177), Batu Pahat (172), Kluang (171), Kota Tinggi (164), Tangkak (163) dan Segamat (160).
Negeri Sembilan turut merekodkan bacaan tinggi dengan Nilai mencatatkan 189, Seremban (181) dan Port Dickson (172).
Di Melaka, Bandaraya Melaka merekodkan bacaan 179, Bukit Rambai (178) dan Alor Gajah (172), manakala di Pahang, Temerloh mencatatkan 155, Rompin (152) dan Jerantut (122).
Bagi kawasan Lembah Klang, Batu Muda mencatatkan bacaan 170 dan Cheras (168), sementara Putrajaya merekodkan 174.
Di Perak, Seri Manjung mencatatkan bacaan 169, Tanjung Malim (162), Pegoh (154) dan Tasek, Ipoh (151). Tawau, Sabah turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 152.
Berdasarkan kategori IPU, bacaan sifar hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.
Peningkatan pencemaran udara akibat jerebu boleh menjejaskan kesihatan, khususnya golongan kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan.
Orang ramai dinasihatkan memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing dan mengurangkan aktiviti luar sekiranya kualiti udara semakin merosot.
Penggunaan pelitup muka yang sesuai serta langkah mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar juga penting bagi melindungi kesihatan.
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum