Jika Onn Hafiz berani berdialog dengan Maszlee, RTM boleh sedia pentas: Fahmi

July 2, 2026 · Politik

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menjadi pentas bagi mempertemukan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Maszlee Malik dalam satu sesi dialog terbuka.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata RTM boleh menganjurkan sesi berkenaan pada tarikh dan masa yang dipersetujui kedua-dua pihak, termasuk diadakan di Johor Bahru.

Menurutnya, pertemuan itu tidak semestinya berbentuk debat politik, sebaliknya boleh menjadi ruang perbincangan matang mengenai hala tuju Johor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya percaya Onn Hafiz bersedia untuk diajak berdialog, bukan untuk berdebat tetapi berdialog dengan beradab yang mungkin boleh menyentuh mengenai hala tuju negeri Johor,” katanya selepas menghadiri ceramah PH di Bakri malam tadi.

Fahmi turut menyindir Onn Hafiz yang menurutnya perlu lebih terbuka untuk berdepan pandangan berbeza, terutama apabila dicabar secara baik oleh Maszlee.

“Onn Hafiz saya tengok, banyak benda dia tidak berani. Dia tidak berani untuk berdepan apabila dijemput dengan baik oleh Maszlee.

“Jadi, saya rasa untuk menjadi seorang calon menteri besar, harus bersedia berdepan bukan hanya dengan media dan penyokong, tetapi dengan pihak yang mungkin berlainan pandangan atau pendapat dengannya,” katanya.

Kenyataan Fahmi itu dibuat ketika diminta mengulas pandangan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menggesa PH mengemukakan calon menteri besar terlebih dahulu sekiranya mahu mengadakan debat dengan Onn Hafiz.

Fahmi menyifatkan kenyataan Khairy sebagai usaha untuk mempertahankan maruah Menteri Besar Johor itu daripada terus diasak berhubung cabaran debat yang dibuat Maszlee.

Polemik itu tercetus selepas Maszlee menerima cadangan supaya beliau berdebat dengan Onn Hafiz, susulan idea yang dikemukakan sebuah halaman Facebook, WOW Malaysia.

Maszlee yang pernah menjadi Menteri Pendidikan kini bertanding atas tiket PH di DUN Puteri Wangsa, manakala Onn Hafiz mengetuai kerajaan negeri Johor dan dilihat sebagai antara tokoh utama BN dalam PRN kali ini.

Onn Hafiz sebelum ini menolak cadangan debat terbuka atas alasan ia bukan pendekatan sesuai ketika kempen pilihan raya kerana dibimbangi boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

Berita berkaitan
Ibu bapa benteng utama keselamatan digital anak: Fahmi
September 12, 2026· Isu semasa
Runding PAS, jangan sampai UMNO Terengganu tergadai: Razif
September 12, 2026· Politik
Fahmi : Penjual dadah guna istilah pelik, kelirukan pengguna dalam talian
September 10, 2026· Isu semasa
Fahmi: Ekonomi digital ASEAN sasar AS$2 trilion menjelang 2030
September 10, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok