Ketua Pasukan Khas UMNO untuk Rang Undang-Undang (RUU) PSB, Johari Abdul Ghani.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani, mendakwa isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru di sini sengaja dipolitikkan oleh pihak tertentu.
Beliau menafikan dakwaan kononnya tidak mengambil peduli nasib penduduk yang terjejas selepas tidak hadir semasa operasi perobohan bangunan di kampung berkenaan.
Menurut Johari, beliau mempunyai program lain pada hari kejadian dan telah dinasihati oleh pihak berkuasa untuk tidak berada di lokasi ekoran ketegangan yang berlaku.
“Saya dinasihatkan oleh polis untuk tidak pergi kerana pada ketika itu, keadaan begitu tegang.
“Saya bersyukur tak pergi dan dengar nasihat sebab kemungkinan batu yang kena Ketua Polis Daerah itu kena dekat saya,” katanya dalam Podcast Buletin Utama malam tadi.
Beliau menyifatkan kehadiran orang luar sebagai elemen politik yang sengaja menimbulkan kekecohan.
“Saya dapat maklumat yang datang itu semua orang daripada luar, tak ada kena mengena dengan rumah mereka. Jadi saya rasa ini dah masuk elemen politik,” tambahnya.
Johari juga menyalahi pemaju kerana mengambil peluang terhadap penduduk tempatan yang kebanyakannya daripada kumpulan B40 dan kurang kefahaman.
“Ini yang saya rasa agak kesal sampai Ketua Polis Daerah pun kena baling batu, sepatutnya tak perlu berlaku,” ujarnya.
Beliau berkata, beliau telah memberikan penjelasan mengenai isu tersebut pada April lalu melalui podcast bagi membantu orang ramai memahami perkara itu dengan lebih jelas.
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
Lapan termasuk pempengaruh direman kes tutup lebuh raya untuk lumba haram
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri