Johari Ghani: “Henti politikkan isu UEC”

December 11, 2025 · Politik

Isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak sepatutnya dijadikan bahan politik kerana setiap rakyat bebas memilih sistem pendidikan yang sesuai dengan keperluan mereka, kata Johari Abdul Ghani.

Naib Presiden UMNO itu menegaskan perkara paling penting ialah sikap saling menghormati dalam masyarakat, khususnya berkaitan pelbagai aliran pendidikan yang wujud di negara ini.

“Setiap ahli politik ada pandangan masing-masing, itu normal. Tapi bagi saya, yang paling penting ialah kita semua menghormati apa yang negara sediakan,” katanya dipetik laporan media.

Beliau berkata, jika ada pihak tidak bersetuju dengan UEC, mereka bebas untuk tidak memilih aliran tersebut dan bagi yang melihat nilai tambah UEC dan pengiktirafannya di peringkat antarabangsa, mereka juga berhak membuat pilihan.

“Kalau rasa UEC bukan untuk anda, tak perlu ikut. Kalau ada yang nampak manfaatnya dan mahu ambil, itu keputusan mereka,” ujarnya.

Johari menambah Malaysia menawarkan pelbagai aliran pendidikan melalui universiti, kolej serta aliran akademik berbeza tanpa sebarang unsur paksaan.

“Kita ada banyak pilihan pendidikan. Yang penting, pilih apa yang terbaik untuk masa depan sendiri,” katanya.

Namun beliau mengingatkan sekolah kebangsaan mempunyai silibus ditetapkan kerajaan, justeru sebarang cadangan perubahan perlu dilakukan dengan penuh penelitian.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh mengkritik DAP susulan kenyataan Nga Kor Ming yang menyebut parti itu mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.

Ketegangan itu mencetuskan perdebatan baharu dalam kalangan parti politik.

Berita berkaitan
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
4 jam lalu· Politik
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
11 jam lalu· Politik
PRU-16 awal: AMK dakwa UMNO mahu beri laluan PAS jadi PM
14 jam lalu· Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
September 6, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
6 jam lalu · Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
10 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
11 jam lalu · Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok