JPJ gesa 2.3 juta pemegang lesen pemandu tak aktif perbaharui segera: Laporan

September 20, 2025 · Isu semasa

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif, sama ada telah tamat tempoh atau tidak diperbaharui melebihi tiga tahun.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata adalah menjadi kesalahan sekiranya mereka memandu dengan menggunakan lesen tidak aktif memandangkan ia akan menimbulkan pelbagai risiko berbangkit kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata semua individu yang memandu kenderaan motor atas jalan perlu mempunyai lesen memandu sah dan berkuat kuasa selaras dengan ketetapan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Sekiranya pemegang lesen terbabit masih berhasrat untuk memandu kenderaan motor atas jalan, individu itu wajib menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 (KPP02 dan KPP03) di mana-mana institut memandu berdekatan untuk mendapatkan atau mengaktifkan semula lesen memandu berkenaan selaras ketetapan Akta 333,” katanya dalam kenyataan hari ini .

Sementara itu, beliau berkata semua pemegang CDL yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun diseru untuk segera memperbaharui lesen melalui aplikasi MyJPJ, portal mySikap atau mana-mana kaunter JPJ di seluruh negara bagi mengelak kewajipan menduduki semula KPP02 dan KPP03. – Bernama

Berita berkaitan
PMX: Tiada campur tangan dalam siasatan Zetrix AI, FELDA
October 20, 2026· Isu semasa
SPRM, polis siasat isu tunggakan RM314 juta MyEG, Zetrix kepada JPJ
October 13, 2026· Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
October 8, 2026· Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
October 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
13 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
15 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
17 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok