Larangan lori guna jalan raya selama empat hari sempena Aidilfitri

March 11, 2026 · Isu semasa

Kenderaan berat akan dilarang menggunakan jalan raya utama selama empat hari sempena musim perayaan Aidilfitri bagi mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan ketika jutaan rakyat pulang ke kampung.

Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan larangan itu akan dikuatkuasakan pada 19 dan 20 Mac sebelum Aidilfitri, serta 28 dan 29 Mac selepas perayaan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata langkah larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan atau “road ban” itu dilaksanakan susulan peningkatan mendadak jumlah kenderaan persendirian setiap kali musim perayaan.

“Menjelang Aidilfitri, kita sering berdepan dengan peningkatan mendadak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kecuaian dan kegagalan merancang perjalanan,” katanya dipetik laporan berita.

Menurut beliau, pelaksanaan larangan itu diharap dapat membantu melancarkan aliran trafik serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya ketika tempoh perjalanan pulang ke kampung dan kembali ke bandar.

Setiap tahun, musim Aidilfitri menyaksikan peningkatan ketara trafik di lebuh raya utama apabila ramai perantau pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan bersama keluarga.

Situasi itu sering menyebabkan kesesakan teruk selain meningkatkan risiko kemalangan jalan raya, terutamanya apabila kenderaan berat berkongsi laluan dengan kenderaan persendirian.

Loke berkata JPJ akan meningkatkan pemantauan terhadap sektor pengangkutan darat sepanjang tempoh berkenaan bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap tinggi.

“JPJ akan menjalankan pemantauan lebih kerap bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan aspek keselamatan di jalan raya sentiasa diutamakan,” katanya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan utama bagi mengurangkan kesesakan, selain menasihatkan pemandu yang pulang ke kampung supaya merancang perjalanan dengan baik dan mematuhi peraturan jalan raya.

“Bagi mereka yang memandu pulang ke kampung, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan sentiasa memandu secara berhemah,” katanya.

Berita berkaitan
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
August 19, 2026· Isu semasa
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
August 16, 2026· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
August 16, 2026· Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
August 16, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
12 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
13 jam lalu · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
14 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok