Kenyataan Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berhubung siasatan terhadap Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY).
Pasukan petugas khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mendedahkan bahawa pegawai penyiasat gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam kes kematian pelajar sekolah, Zara Qairina Mahathir kerana tidak memohon bedah siasat pada peringkat awal siasatan.
Pengarah JSJ Bukit Aman, M Kumar berkata SOP jelas mewajibkan bedah siasat dilakukan sekiranya punca kematian tidak diketahui atau terdapat elemen mencurigakan.
Namun, pegawai terbabit didapati cuai kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya walaupun mempunyai kuasa di bawah undang-undang.
“Ketidakpatuhan ini merupakan kesalahan serius kerana bedah siasat adalah asas penting dalam siasatan kematian mencurigakan.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan penyelianya,” tegas Kumar dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa permohonan inkues bagi kes ini dijangka akan dikemukakan kepada koroner seawal minggu depan setelah semua dokumen dan maklumat lengkap disiapkan.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited untuk memastikan setiap langkah siasatan mematuhi prosedur undang-undang. Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan mahkamah bagi memastikan keadilan ditegakkan,” tambah Kumar.
Zara Qairina, 13 tahun, pelajar Tingkatan Satu di SMKA Tun Mustapha, Papar, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama sekolah pada 16 Julai lalu dan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Kematiannya mencetuskan kemarahan awam ekoran dakwaan berlaku buli, mendorong keluarga dan peguam mereka mendesak siasatan telus dijalankan. Kes ini terus mendapat perhatian meluas dengan kempen #JusticeForZara yang semakin berkembang.
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen