Pesawat TUDM jenis F/A-18D Hornet.
Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam satu insiden di Kuantan, namun kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang dilaporkan berjaya diselamatkan.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman mengesahkan kejadian itu berlaku ketika pesawat tersebut sedang dalam proses berlepas dari landasan.
Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Terdahulu, TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet yang berlaku pada jam 9.05 malam di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.
“TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut.
“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih,” menurut kenyataan itu.
Rakaman video yang dikongsi orang awam di media sosial menunjukkan enjin pesawat tersebut terbakar ketika ia hendak berlepas.
TUDM memiliki lapan buah pesawat tempur pelbagai peranan jenis F/A-18D Hornet yang diperoleh daripada McDonnell Douglas (kini Boeing) pada tahun 1997.
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum