Kabinet akan bincang tindakan tegas tangani isu disiplin pelajar: PMX

October 15, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim, mengumumkan satu mesyuarat khas Jemaah Menteri akan diadakan bagi menangani isu disiplin dan keselamatan di sekolah yang semakin membimbangkan, termasuk kesan negatif media sosial.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan tegas bagi menangani gejala sosial dalam kalangan pelajar yang didorong oleh penggunaan telefon pintar dan platform digital.

“Kita akan adakan perjumpaan mengenai isu ini. Saya sudah komen mengenai sekolah terbabit, tetapi apabila kita lihat secara menyeluruh, hampir kesemuanya berbalik kepada telefon pintar, media sosial, aplikasi,” jelas Anwar kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.

“Jadi mungkin hari ini atau esok saya akan mengadakan mesyuarat Jemaah Menteri untuk membincangkan perkara ini. Kerajaan harus ambil tindakan tegas,” tambahnya lagi.

Langkah segera ini diumumkan berikutan satu insiden tragik di sebuah sekolah di Selangor semalam, yang menyaksikan seorang pelajar perempuan maut ditikam dipercayai oleh pelajar lelaki.

Kejadian itu mengejutkan seluruh negara dan mencetuskan kebimbangan mendalam mengenai tahap disiplin serta keselamatan di institusi pendidikan.

Kenyataan Perdana Menteri itu juga dilihat sebagai respons kepada beberapa insiden lain yang sebelum ini tular di media sosial, melibatkan pergaduhan, buli, dan tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah.

Anwar menekankan pendekatan holistik diperlukan untuk menangani punca sebenar masalah, yang semakin kompleks dengan pengaruh teknologi dan alam siber.

Berita berkaitan
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
7 jam lalu· Politik
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026· Isu semasa
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
January 24, 2026· Politik
Anwar cadang projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
5 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
5 jam lalu · Isu semasa
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
5 jam lalu · Isu semasa
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
January 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok