Keakraban Anwar dan Modi terserlah dalam pertemuan dua hala: Bernama

September 12, 2026 · Isu semasa

“Saudaraku” menjadi sapaan mesra yang menyerlahkan keakraban antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi ketika kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan dua hala di sini.

Anwar dan Modi mengadakan pertemuan di luar Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di Hyderabad House, iaitu Rumah Tetamu Negara di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar India.

Hyderabad House lazimnya menjadi lokasi bagi mesyuarat dua hala, jamuan negara dan pertemuan dengan pemimpin asing.

Malaysia menyertai sidang kemuncak itu selaku negara rakan BRICS sejak 1 Jan 2025.

Anwar tiba di sini pada Jumaat bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan yang dihoskan oleh Modi. Ini merupakan lawatan kedua Perdana Menteri ke India selepas yang pertama pada Ogos 2024.

Malaysia dan India yang mempunyai hubungan sejak sekian lama bermula 1957 telah meningkatkan hubungan berkenaan kepada perkongsian strategik komprehensif ketika lawatan pertama Perdana Menteri di sini.

India kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di rantau Asia Selatan dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah RM79.49 bilion (USD18.59 bilion) pada 2025.

Eksport utama Malaysia termasuk minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit, selain produk elektrik dan elektronik manakala import pula terdiri daripada produk pertanian, petroleum dan bahan kimia. – Bernama

Berita berkaitan
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
16 jam lalu· Politik
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
October 26, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
6 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
12 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok