Kecoh semasa Hadi bahas selepas sindiran ‘parti ajaran sesat’ dibuat Rayer

August 13, 2025 · Politik

Sidang Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini apabila timbul ketegangan antara Ahli Parlimen (MP) kerajaan dan pembangkang berikutan kenyataan kontroversi yang dikaitkan dengan akronim PAS sebagai “parti ajaran sesat”.

Kekecohan bermula ketika Presiden PAS, Abdul Hadi Awang (PN-Marang), sedang membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Beberapa wakil PH termasuk Chong Zhemin (PH-Kampar) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) membantah dengan mendakwa Hadi tidak menyentuh langsung isu RMK13 sebaliknya menyerang kerajaan PH-DAP.

“Ucapan YB Marang ini langsung tidak menyentuh RMK13. Beliau hanya menyalahkan kerajaan PH dan DAP atas masalah di Kuala Lumpur. Ini sangkaan jahat!” tegas Rayer.

Kenyataan Rayer yang menyamakan PAS dengan “parti ajaran sesat” mencetuskan kemarahan ahli pembangkang.

Shahidan Kassim (PN-Arau) bangun menuntut Rayer menarik balik kenyataan tersebut sambil melabelnya sebagai biadab dan provokatif.

“Tarik balik! Ini perbuatan kurang ajar! Tuduhan ajaran sesat ini boleh menimbulkan permusuhan!” tegas Shahidan dengan nada marah.

Suasana semakin tegang apabila beberapa wakil PN termasuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan Zulkifly Jusoh (PN-Besut) menyifatkan Rayer sengaja melakukan provokasi.

Kekecohan memaksa Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, campur tangan dan memberi amaran keras.

“Saya nampak jelas ada tingkah laku tidak matang di dewan ini. Kita bercakap tentang kemajuan negara, bukan bergaduh seperti budak-budak. Saya akan gantung sesiapa yang terus mengganggu ketenteraman,” tegas Johari sebelum meminta perbahasan diteruskan.

Dalam ucapannya, Hadi Awang mengkritik kerajaan PH dengan menyifatkan pentadbiran sekarang sebagai penyebab pelbagai masalah termasuk inflasi, rasuah dan keruntuhan moral. Beliau juga melontarkan pantun sindiran:

“Sebab Kuala Lumpur punca masalah bawah DAP, PH dan rakan-rakannya. Pergi ke Sabah patah balik menuju Kelantan, jangan berlumpur tersungkur rebah, lebih baik letak jawatan.”

Berita berkaitan
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
4 jam lalu· Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
7 jam lalu· Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
10 jam lalu· Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
11 jam lalu · Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
11 jam lalu · Politik
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
12 jam lalu · Politik
PRU-16 awal: AMK dakwa UMNO mahu beri laluan PAS jadi PM
14 jam lalu · Politik
Isu campur tangan AS, PKR Setiawangsa buat laporan polis terhadap Hadi
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok