Kedudukan CPI Malaysia meningkat, usaha lawan rasuah tunjuk hasil: Anwar

February 10, 2026 · Isu semasa

Peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dilihat sebagai petunjuk jelas usaha kerajaan membanteras rasuah mula membuahkan hasil, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata langkah tegas kerajaan menentang rasuah sistemik serta usaha memperbaiki kelemahan struktur tadbir urus negara menyumbang kepada peningkatan kedudukan Malaysia ke tangga ke-54 dunia.

Antara faktor utama ialah tindakan penguatkuasaan agresif oleh agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Ini termasuk kejayaan memulihkan lebih RM15.5 bilion hasil negara melalui rampasan aset, dana dan pembanterasan sindiket rasuah serta ketirisan yang telah lama menjejaskan kewangan awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Anwar, kerajaan juga tidak akan berkompromi jika integriti institusi strategik dipersoalkan dan tindakan tegas terhadap salah laku dalam sektor pertahanan serta pembongkaran kartel dan rasuah berprofil tinggi menunjukkan prinsip bahawa tiada siapa kebal daripada undang-undang.

“Pencapaian ini juga adalah peringatan untuk kita menggandakan usaha memerangi rasuah secara konsisten dan berani, demi memulihkan keyakinan rakyat,” katanya.

Laporan CPI 2025 oleh Transparency International menunjukkan Malaysia meningkat daripada kedudukan ke-57 pada 2024 kepada ke-54 tahun lalu, dengan skor meningkat kepada 52 mata berbanding 50 sebelum ini.

Malaysia kini berada di tempat ketiga dalam kalangan negara ASEAN selepas Singapura dan Brunei.

CPI merupakan ukuran global yang menilai persepsi tahap rasuah sektor awam sesebuah negara.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia berusaha memperbaiki kedudukan melalui reformasi tadbir urus, penguatkuasaan undang-undang lebih tegas dan peningkatan ketelusan pentadbiran.

Peningkatan terbaru ini dilihat sebagai momentum positif, namun cabaran memperkukuh integriti institusi dan kepercayaan awam masih berterusan.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
21 jam lalu· Politik
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu · Isu semasa
Nama diguna tanpa izin, tokoh kewangan tuntut RM10 juta
September 3, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok