IMD World Talent Ranking (WTR) ialah sebuah laporan tahunan yang disusun oleh IMD World Competitiveness Center, sebuah institusi berpangkalan di Switzerland yang terkenal dengan kajian mengenai daya saing global.
Malaysia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila melonjak lapan anak tangga untuk menduduki tangga ke-25 dalam IMD World Talent Ranking 2025, berbanding kedudukan ke-33 pada tahun lepas.
Peningkatan ini bukan sahaja meletakkan Malaysia sebagai antara destinasi utama profesional global, malah mengekalkan statusnya sebagai negara kelima terbaik di rantau Asia-Pasifik, di belakang Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Australia.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, menyifatkan kejayaan ini kepada pendekatan holistik kementeriannya dalam memudah cara ekosistem bakat negara.
“Transformasi struktur KESUMA memberikan penekanan kepada pemerkasaan dasar, peningkatan kemahiran serta pemahiran semula agar tenaga kerja negara kekal kompetitif dan bersedia menghadapi perubahan pekerjaan baharu,” jelas beliau dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, bagi memperkukuh pembangunan kumpulan bakat masa depan, TalentCorp telah menggerakkan inisiatif strategik seperti Majlis MyMahir Future Skills Talent Council (FSTC) dan program Kolaborasi Industri-Akademia (IAC).
“Inisiatif ini sejajar dengan amalan antarabangsa yang menekankan penyelarasan pembangunan kemahiran mengikut sektor, penglibatan majikan, serta integrasi kemahiran insaniah dan teknikal untuk memastikan graduan kekal relevan dengan keperluan industri,” ujar Sim.
Beliau menegaskan bahawa pendekatan bersepadu yang meliputi pendidikan, latihan, penyelidikan dan kerjasama industri–akademia adalah kunci untuk menjadikan Malaysia sebuah hab bakat serantau yang kompeten, adaptif, dan mampan, seterusnya memacu daya saing ekonomi negara pada peringkat global.
IMD World Talent Ranking ialah sebuah laporan tahunan yang disusun oleh IMD World Competitiveness Center, sebuah institusi berpangkalan di Switzerland yang terkenal dengan kajian mengenai daya saing global.
Laporan ini bertujuan untuk mengukur sejauh mana keupayaan sesebuah negara dalam menarik, memupuk, dan mengekalkan bakat rakyat dan profesional antarabangsa. Ia berfungsi sebagai penanda aras penting untuk para pembuat dasar, pelabur, dan syarikat multinasional dalam menilai kekuatan tenaga kerja sesebuah negara.
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan