Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kedudukan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam kerajaan tidak dibincang dalam mesyuarat Kabinet hari ini, kata Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang medianya di kementeriannya hari ini memberitahu isu berhubung status Zafrul dalam kerajaan tak dibangkitkan.
“Tidak berbangkit dalam Kabinet,” katanya ringkas ketika ditanya media sama ada tuntutan UMNO untuk meminta satu lagi kerusi Kabinet susulan keputusan Zafrul itu ada disentuh dalam mesyuarat hari ini.
Zafrul sebelum ini mengumumkan meletak jawatan dan keluar dari UMNO dan menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR.
Tindakan itu dikritik pemimpin UMNO, dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menuntut supaya kedudukan menteri yang disandang Zafrul itu dipulangkan kembali kepada UMNO.
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
Aziz Bari: Siapa halang KJ masuk bertanding PRN Negeri Sembilan?
Polis buka dua siasatan kes rosak bahan kempen PRN Negeri Sembilan
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN