Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, di atas kejayaan mereka menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, yang berlangsung hari ini.
Gandingan negara yang merupakan pasangan keempat ranking dunia itu mencatat kemenangan mudah dengan menundukkan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin, dalam dua straight game 21-15, 21-14 dalam tempoh 40 minit pada perlawanan akhir yang berlangsung di Adidas Arena.
Dalam satu catatan di platform X, Anwar menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah buat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan.
“Hadiah Hari Kebangsaan buat Malaysia!
“Tahniah kepada pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, atas pencapaian membanggakan di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025.
“Terima kasih kerana telah bekerja keras demi mengharumkan nama negara,” kata Anwar.
Beliau mengucapkan tahniah kepada pasangan Tang Jie dan Ee Wei di atas pencapaian membanggakan itu serta mengucapkan terima kasih kerana bekerja keras untuk mengharumkan nama negara.
Kejayaan tersebut telah mencipta sejarah sebagai gelaran kejuaraan dunia pertama buat Malaysia dalam acara beregu campuran.
Ia juga merupakan gelaran dunia kedua untuk negara selepas kejayaan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, pada tahun 2022.
Kejayaan ini disusuli pula dengan prestasi cemerlang pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, yang semalam mara ke pentas akhir selepas menewaskan gandingan Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida, dalam aksi separuh akhir dengan keputusan 14-21, 21-13, 21-12.
Mereka dijangka akan berdepan dengan pasangan China, Sheng Shu dan Tan Ning, dalam perlawanan akhir yang sangat dinanti-nantikan malam ini.
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri