Kemasukan bekas KP SPRM beri nilai tambah kepada UMNO: Puad

June 16, 2025 · Politik

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkifli Ahmad akan memberi nilai tambah kepada UMNO, kata Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) itu berkata Dzulkifli disifatkan aset semak dan imbang kepada parti itu khususnya dalam isu perundangan, rasuah dan ketelusan.

Paling utama, jelasnya, kemasukan Dzulkifli adalah mengikuti proses biasa, bukannya melalui rundingan orang `atasan’.

Sebaliknya, ujar beliau, Dzulkifli berhubung terus dengan Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian dan bermula sebagai ahli biasa, bukannya menjadikan UMNO sebagai transit.

“Tidak ada parmaidani merah. Tidak ada janji jawatan. Tidak ada gegak gempita. Tidak perlu ditayang atas pentas macam bekas Ketua Wanita UMNO Pasir Salak dan Annuar Musa. masuk PAS.

“Tetapi sudah tentu UMNO gembira dengan penyertaan beliau. Dia aset check and balance UMNO terutama dalam isu perundangan, rasuah dan ketelusan. Welcome aboard Tan Sri,” katanya.

Semalam, Dzulkifli membuat kejutan apabila memohon menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahliannya kepada Ketua UMNO Cawangan Merbau Kudong, Mohd Ramli Daud dalam satu majlis di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.

Dzulkifli berkata, keputusannya itu diambil kerana ingin membantu rakyat terutama di Tasek Gelugor tanpa mengira latar belakang mereka.

Katanya, beliau mengambil masa agak lama bagi menyertai UMNO kerana mahu membuat penilaian terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam dunia politik.

Sebelum ini, Dzulkifli pernah memberi bayangan akan menyertai parti politik khususnya ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 2022.

Malah, terdapat desas-desus beliau akan bertanding bagi Parlimen Tasek Gelugor pada PRU berkenaan pada PRU-15, namun tidak menjadi kenyataan.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu· Isu semasa
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu· Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
20 jam lalu· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
20 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
20 jam lalu · Politik
Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad
22 jam lalu · Politik
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok