Kepentingan dan kedaulatan negara masih terjamin dalam Perjanjian ART: AGC

November 3, 2025 · Isu semasa

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat mengandungi pelbagai peruntukan kukuh yang memastikan kepentingan negara dilindungi serta kedaulatannya terpelihara pada setiap masa, menurut Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dalam satu kenyataan, AGC menekankan pelaksanaan kewajipan di bawah ART adalah tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang dan tatacara domestik Malaysia yang sedia ada dan perkara ini dinyatakan secara jelas dalam Artikel 7.2 perjanjian tersebut.

“Artikel 7.2 juga memperuntukkan bahawa perjanjian ini hanya akan berkuat kuasa 60 hari selepas kedua-dua pihak bertukar pemberitahuan bertulis yang mengesahkan semua tatacara perundangan domestik telah selesai,” jelas AGC.

AGC turut menegaskan perjanjian itu memberikan ruang untuk rundingan secara suci hati antara Malaysia dan Amerika Syarikat berhubung sebarang isu pelaksanaan, sebelum mana-mana pihak boleh mengambil tindakan, selaras dengan Artikel 7.4(2).

Di samping itu, Malaysia mempunyai hak mutlak untuk menamatkan perjanjian ini pada bila-bila masa melalui pemberitahuan bertulis kepada Amerika Syarikat, tanpa memerlukan persetujuan mereka, berdasarkan Artikel 7.5 ART.

“Semua perlindungan ini bertujuan untuk mempertahankan dan memelihara kedaulatan Malaysia serta melindungi kepentingan negara pada setiap masa,” tegas kenyataan itu.

Sebagai ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), kedua-dua negara juga akan terus mengiktiraf hak dan kewajipan di bawah perjanjian WTO yang menetapkan piawaian bagi perdagangan antarabangsa.

Perjanjian ART, yang ditandatangani pada 26 Oktober lalu, memuatkan liberalisasi dalam bidang barangan, perkhidmatan dan pelaburan.

Ia merupakan langkah Amerika Syarikat untuk menyemak semula kadar tarif ke atas Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

Berita berkaitan
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
November 24, 2026· Politik
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
November 22, 2026· Politik
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Minit rahsia dedah bantahan AG, menteri terhadap tahanan rumah Najib: Bernama
November 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
99.5 peratus sekolah seluruh negara sudah diliputi rangkaian 4G
November 26, 2026 · Isu semasa
Kerajaan teliti had umur penggunaan platform permainan dalam talian
November 26, 2026 · Isu semasa
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
2 jam lalu · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok