Keputusan kes Zahid bebas 47 tuduhan babit Yayasan Akalbudi 14 Mei depan

April 24, 2026 · Politik

Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Mei ini sebagai tarikh keputusan permohonan Ahmad Zahid Hamidi untuk dilepaskan dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor menetapkan tarikh itu selepas pihak pembelaan memohon penangguhan keputusan yang sepatutnya diumumkan hari ini.

Penangguhan dibuat sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mei berkaitan rayuan yang difailkan oleh Badan Peguam.

“Mahkamah menetapkan 14 Mei untuk keputusan tertakluk kepada keputusan Mahkamah Rayuan,” kata hakim berkenaan.

Peguam bela, Hamidi Mohd Noh, memaklumkan pihaknya telah memfailkan permohonan rasmi pada 20 April lalu untuk melapangkan tarikh keputusan.

Menurutnya, semua pihak bersetuju agar keputusan ditetapkan semula pada pertengahan Mei, manakala kehadiran Ahmad Zahid pada prosiding hari ini turut dikecualikan.

Kes ini mendapat perhatian umum susulan keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Januari lalu yang mengklasifikasikan kes tersebut sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) selepas menilai bukti baharu dan enam representasi yang dikemukakan oleh Ahmad Zahid.

Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar menegaskan keputusan itu dibuat berdasarkan penelitian menyeluruh terhadap fakta dan merit undang-undang, bukan secara sewenang-wenangnya.

Pada September 2023, Mahkamah Tinggi telah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua pertuduhan selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk menghentikan prosiding.

Namun, perkembangan tersebut mencetuskan cabaran undang-undang oleh Badan Peguam yang mempersoalkan keputusan berkenaan.

Pada Februari lalu, pendakwaan tidak membantah permohonan pembebasan penuh Zahid, tetapi mahkamah memilih untuk menangguhkan keputusan sehingga rayuan berkaitan diselesaikan.

Berita berkaitan
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
2 jam lalu· Politik
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
3 jam lalu· Politik
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
3 jam lalu· Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
22 jam lalu · Politik
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
22 jam lalu · Politik
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
April 30, 2026 · Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
April 30, 2026 · Politik
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
April 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok