Kerajaan berusaha bebaskan semua aktivis kemanusiaan: Anwar

October 3, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim memberikan jaminan kerajaan sedang menggembleng segala usaha bagi memastikan pembebasan segera semua aktivis dan sukarelawan Malaysia yang ditahan tanpa sebarang kompromi.

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa memantau perkembangan terkini aktivis yang sedang ditahan pihak regim bersama-sama Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Sani Araby Abdul Alim Araby bagi memastikan usaha-usaha yang dijalankan lancar.

“Sebagai Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara, saya turut menitipkan salam kepada keluarga delegasi Malaysia, selain meminta agar keadaan kesihatan dan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian sepenuhnya,” kata Anwar dalam satu kenyataan di Facebook.

Berdasarkan kenyataan Sani Araby, kerajaan telah melaksanakan rundingan diplomatik secara maksimum bagi membebaskan 23 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan oleh Israel, termasuk dengan menghubungi pemimpin dari Turkiye, Qatar, dan Amerika Syarikat.

“Saya dihubungi Perdana Menteri awal pagi tadi. Rundingan diplomatik beliau dengan negara besar seperti Presiden Turkiye, Qatar, dan menghubungi Setiausaha AS sudah dibuat dan sedang digerakkan maksimum untuk delegasi Malaysia dibebaskan,” ujar Sani.

Kejadian ini berlaku setelah SNCC mengesahkan semalam23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF telah ditahan oleh tentera Israel.

Israel mendakwa telah menghentikan flotila bantuan ke Gaza itu, dengan tentera lautnya memintas kebanyakan kapal.

Daripada 42 kapal yang dijejaki dalam talian oleh GSF, 41 daripadanya dilaporkan telah dihentikan.

Sehingga petang semalam, siaran langsung GSF di Instagram masih menunjukkan sebuah kapal bernama Marinette dilaporkan masih berlayar, digambarkan sebagai masih bergerak dengan gagah walaupun kelihatan berada di perairan berhampiran pantai Mesir.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
8 jam lalu· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
8 jam lalu· Politik
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu· Isu semasa
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
14 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
8 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
16 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok