Kerajaan DAP Pulau Pinang beli 15 kereta baharu bernilai RM3 juta lebih

May 20, 2025 · Isu semasa

Sebanyak 15 kereta baharu dibeli kerajaan Pulau Pinang bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengesahkan pembelian 15 unit Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 dan sudah diperoleh pada 4 Mac lalu.

Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah dan Komunikasi negeri memaklumkan kenderaan baharu berkenaan adalah untuk kegunaan rasmi 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang dan tiga ahli ex-officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

“Dua lagi kenderaan masing-masing untuk kegunaan rasmi Yang Dipertua dan Timbalan yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Jumlah (kos) tersebut adalah termasuk cukai dan duti eksais. Ini menjadikan kos setiap kereta kira-kira RM220,789,” katanya dipetik laporan media.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata demikian mengulas pertanyaan dikemukakan Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) dan Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) mengenai pembelian kereta baharu berkenaan.

Terdahulu Mohd Yunus ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib mempersoal tindakan pembelian kenderaan baharu dalam keadaan kerajaan negeri berdepan cabaran kewangan.

“Kita lihat Exco negeri menggunakan Toyota Camry baharu bagaimanapun perkara ini tidak dilaporkan secara terbuka.

“Kerajaan negeri turut menerima pendahuluan RM100 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi mengurus aliran tunai, namun kenderaan baharu tetap dibeli. Bolehkan kerajaan negeri beri penjelasan,” katanya.

Berita berkaitan
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
9 jam lalu· Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026· Politik
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026· Politik
DAP kekal, Ibrahim Ali dakwa PAS kecewa tak dapat masuk jadi kerajaan
August 17, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok