Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok

April 28, 2026 · Isu semasa

Bekas pembantu kepada Rafizi Ramli, James Chai, akan menyambung keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok berhubung siasatan projek bernilai kira-kira RM1.1 bilion melibatkan syarikat semikonduktor dari United Kingdom.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Mohd Hafaz Nazar mengesahkan proses tersebut masih berjalan dan akan diteruskan pada pagi esok.

“Saksi dilepaskan pada jam 6.30 petang tadi dan akan disambung lagi esok jam 10 pagi,” katanya dipetik laporan BH.

Chai, yang juga penganalisis politik dan kini menetap di London, hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada pagi tadi selepas sebelum ini dikesan berada di luar negara sejak Mac lalu.

Sepanjang hari, beliau memberikan keterangan selama kira-kira lapan jam bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kes ini berkait dengan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Arm Holdings, sebuah firma semikonduktor global yang berpangkalan di United Kingdom.

Walaupun hadir memberi kerjasama, Chai memilih untuk tidak memberi sebarang komen kepada media yang menunggu di luar bangunan SPRM.

Sebelum ini, pada awal April, SPRM memberi tempoh dua minggu kepada beliau untuk tampil membantu siasatan, malah menawarkan untuk menanggung kos penerbangan pulang ke Malaysia.

Siasatan berkenaan bermula pada Februari lalu selepas SPRM membuka kertas siasatan susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Aduan tersebut mendakwa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan berpotensi memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Selain itu, siasatan turut meneliti kemungkinan wujud konflik kepentingan, termasuk dakwaan beberapa individu dilantik ke jawatan penting dalam syarikat asing berkenaan selepas meninggalkan perkhidmatan dalam kementerian.

Berita berkaitan
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
October 30, 2026· Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
October 30, 2026· Isu semasa
Rosmah gagal penuhi syarat, Global Royalty teruskan tuntutan RM67.5 juta: Laporan
October 29, 2026· Politik
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Derma palsu guna visual AI, orang ramai diminta berwaspada
November 2, 2026 · Isu semasa
Utusan Malaysia, Kosmo! rombak operasi, hampir 100 pekerja bercuti berbayar
November 2, 2026 · Isu semasa
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
13 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
13 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
23 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok