Kerajaan pertimbang naikkan STR dan SARA dalam Belanjawan 2027: PMX

July 19, 2026 · Politik

Kerajaan MADANI sedang meneliti kemungkinan meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya prestasi ekonomi negara terus berada pada landasan yang kukuh.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu sudah dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican, bagi melihat ruang menambah peruntukan dalam Belanjawan 2027 demi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

“Saya beritahu, kalau keadaan ekonomi mengizinkan, saya telah bincang semalam dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan sama ada mungkin kita boleh tambah lagi bantuan. Kalau ekonomi terus kukuh, dalam Belanjawan 2027 nanti kita fikir bagaimana hendak menambah peruntukan untuk membantu rakyat,” katanya ketika berucap pada Program MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan di Ipoh hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, kerajaan memahami rakyat masih berdepan tekanan kos sara hidup walaupun terdapat penurunan harga minyak di pasaran dunia.

“Kadang-kadang walaupun harga minyak turun, harga barang sukar dikawal. Contohnya bawang yang banyak diimport dari India. Apabila harganya meningkat, ia turut memberi kesan kepada rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar berkata kerajaan turut bercadang memperluaskan Program Jualan Rahmah, khususnya di Perak dan kawasan Tambun, bagi membolehkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.

“Mungkin untuk Perak dan terutamanya di Tambun, kita tambah lagi Jualan Rahmah supaya rakyat dapat membeli keperluan dengan kos lebih rendah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengumumkan kerajaan akan meneruskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menjaga kebajikan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Untuk menjaga kepentingan RELA, saya setuju peruntukan RM3 juta diteruskan bagi kebajikan anggota,” katanya.

Program anjuran RELA itu turut dihadiri Menteri Besar Perak, Saarani Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Abdul Halim Abdul Rahman serta Ketua Pengarah RELA, Rosli Yaakub.

Kerajaan sebelum ini meningkatkan peruntukan STR dan memperluaskan SARA sebagai antara langkah utama membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Kedua-dua inisiatif itu menjadi antara komponen penting jaringan perlindungan sosial di bawah agenda Kerajaan MADANI dan dijangka terus diperkasakan mengikut kedudukan kewangan negara.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
9 jam lalu· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
9 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
9 jam lalu· Politik
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
15 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
17 jam lalu · Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
17 jam lalu · Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok