Kerajaan sedia peluang kerja baharu untuk rakyat terjejas: Anwar

May 26, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan memperkenalkan langkah baharu termasuk menyediakan peluang pekerjaan alternatif bagi membantu rakyat yang kehilangan kerja, khususnya golongan muda, dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, isu peningkatan kehilangan pekerjaan itu sudah dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi mencari penyelesaian segera dan lebih menyeluruh.

Menurut beliau, kerajaan kini sedang menyusun semula beberapa langkah pemulihan ekonomi supaya rakyat yang terkesan dapat disalurkan terus ke sektor pekerjaan baharu yang sedang berkembang pesat.

“Kita sudah bawa suara mereka ke MTEN dan dalam tempoh seminggu dua ini, kerajaan akan memperbaiki langkah sedia ada serta menyediakan pekerjaan alternatif.

“Ada banyak peluang pekerjaan baharu yang boleh dimanfaatkan terutama melalui pelaburan baharu yang masuk ke beberapa negeri,” katanya dipetik laporan media.

Anwar berkata, peluang pekerjaan itu dijangka tertumpu di kawasan pembangunan industri dan teknologi seperti di Perak, Pulau Pinang, Kulim Hi-Tech di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, selain perkembangan ekonomi baharu yang turut berlaku di Sarawak.

Beliau menjelaskan kebanyakan peluang kerja yang diwujudkan ketika ini melibatkan sektor teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI), selari dengan perubahan landskap ekonomi global yang semakin berteraskan digital dan automasi.

“Kalau ada keperluan dalam bidang ini, kita akan sediakan latihan khas supaya anak-anak muda boleh masuk ke sektor pekerjaan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan sebanyak 7,057 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan pada April lalu, meningkat 21 peratus berbanding 5,855 kes yang direkodkan pada Mac.

Perkara itu dibentangkan dalam taklimat berkaitan krisis bekalan global selepas mesyuarat MTEN, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai tekanan ekonomi semasa dan kesannya terhadap pasaran buruh negara.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan situasi itu masih terkawal dan belum berada pada tahap membimbangkan.

Namun, kerajaan tidak mahu isu tersebut berlarutan sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Sejak kebelakangan ini, Malaysia menyaksikan kemasukan pelaburan asing yang tinggi terutama dalam sektor teknologi, pusat data dan semikonduktor.

Kerajaan berharap perkembangan itu mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, khususnya kepada graduan dan golongan muda yang sedang mencari pekerjaan stabil.

Berita berkaitan
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
1 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
18 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
October 29, 2026 · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
1 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
4 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
4 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok