Kerajaan tak halang perhimpunan aman di luar Parlimen: Fahmi

August 22, 2025 · Politik

Mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan aman di kawasan luar Bangunan Parlimen tidak akan dihalang, dengan syarat mereka menyelaraskan aktiviti tersebut dengan pihak berkuasa terlebih dahulu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak cadangan untuk membataskan perhimpunan aman hanya di Padang Merbok dan menegaskan orang ramai boleh terus berhimpun di hadapan Parlimen.

“Perdana Menteri mengambil pendirian bahawa perhimpunan di hadapan Parlimen tidak sepatutnya dihalang.

“Namun, aspek keselamatan dan kawalan lalu lintas perlu diutamakan,” jelas Fahmi semasa sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau menekankan pentingnya penyelarasan dengan pihak berkuasa untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan gangguan kepada ahli parlimen serta orang awam.

Ini berikutan kejadian baru-baru ini apabila beberapa Ahli Parlimen dan menteri terperangkap dalam kesesakan selama lebih sejam akibat perhimpunan yang tidak diselaraskan dengan baik.

Fahmi juga memaklumkan Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa, untuk menambah baik kemudahan di Padang Merbok.

Tujuannya adalah untuk membolehkan orang ramai menggunakan ruang tersebut dengan lebih selesa bagi aktiviti rekreasi dan awam.

Langkah ini selaras dengan visi Bandar CHASE yang menggalakkan konsep “Bandar Sihat” dan memanfaatkan kawasan bersejarah seperti Padang Merbok untuk kegunaan komuniti.

Berita berkaitan
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
1 jam lalu· Isu semasa
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026· Politik
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
September 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
1 jam lalu · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
1 jam lalu · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
1 jam lalu · Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
1 jam lalu · Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok