Kerajaan tegas banteras ekonomi gelap libatkan kartel: PMX

January 20, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan komitmen penuh untuk membanteras kegiatan ekonomi gelap termasuk penyeludupan dan aktiviti kartel yang sekian lama berakar dalam sistem negara, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri mengakui usaha tersebut bukan sesuatu yang mudah atau boleh diselesaikan dalam masa singkat kerana melibatkan kelemahan sistemik yang telah berlarutan selama puluhan tahun.

Namun, menurutnya, langkah tegas sudah pun digerakkan sejak dua tahun lalu oleh pelbagai agensi penguat kuasa.

“Beberapa kelompok kartel, termasuk yang sering dikaitkan dengan ekonomi gelap seperti di Pelabuhan Klang, telah lama dibiarkan mengikut rekod. Tetapi sekarang tindakan sudah diambil,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saifulruddin Wan Jan, di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mempergiat penguatkuasaan, termasuk menggunakan peruntukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Disebabkan sistem yang rosak dan bobrok ini bersifat sistemik, ia memang ambil masa. Tapi saya beri jaminan, kerajaan akan laporkan kepada Parlimen langkah-langkah yang sedang dan akan diambil,” katanya.

Mengulas laporan Index of Economic Freedom 2025 oleh Heritage Foundation yang meletakkan Malaysia sebagai ekonomi ‘sederhana bebas’, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengingatkan supaya laporan tersebut dilihat secara kritikal.

“Heritage Foundation ini dikenali sebagai badan neokonservatif berhaluan kanan.

“Tidak salah untuk kita teliti laporan mereka, tetapi kita juga perlu faham kecenderungan mereka yang sering berprasangka terhadap negara Islam dan negara membangun,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan kritikan berhubung kerenah birokrasi, ekonomi gelap dan penyeludupan sebagai sesuatu yang wajar diberi perhatian.

Untuk rekod, isu ekonomi gelap termasuk penyeludupan dan pengelakan cukai sering dikaitkan dengan ketirisan hasil negara serta menjejaskan keyakinan pelabur.

Kerajaan Madani sebelum ini menegaskan agenda reformasi institusi dan tadbir urus bersih sebagai teras pemulihan ekonomi jangka panjang negara.

Berita berkaitan
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
November 24, 2026· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
2 jam lalu· Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
13 jam lalu· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
14 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
November 24, 2026 · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
2 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
10 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok