Kerajaan terima baik keputusan mahkamah kembalikan istilah dalam Akta Komunikasi

February 6, 2026 · Isu semasa

Kerajaan menyatakan pendirian menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengembalikan penggunaan perkataan “menyinggung” dan “menjengkelkan” dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) selepas mahkamah memutuskan kedua-duanya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata keputusan sebulat suara itu mengesahkan kesahihan peruntukan dalam Seksyen 233 AKM.

“Kabinet menerima baik dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan perkataan berkaitan dalam Seksyen 233 adalah sah dan berperlembagaan,” katanya semasa sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan mengembalikan istilah berkenaan selepas menilai ia tidak bercanggah dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan.

Seksyen 233 AKM menjadikan kesalahan jenayah bagi komunikasi dalam talian yang bersifat lucah, tidak sopan, palsu, mengancam atau menyinggung perasaan dengan niat mengganggu, mendera atau mengugut orang lain.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata pindaan yang dibawa pada 2024 bertujuan memastikan undang-undang itu lebih jelas dan tidak mudah disalah guna.

“Pindaan baharu menetapkan standard lebih tinggi, termasuk takrif jelik melampau dengan beberapa huraian khusus supaya tafsiran undang-undang lebih jelas,” katanya.

Isu berkaitan Seksyen 233 AKM menjadi perdebatan sejak beberapa tahun lalu apabila aktivis masyarakat sivil mempersoalkan tafsiran perkataan tertentu yang dianggap terlalu luas.

Pada 2024, Mahkamah Rayuan memutuskan istilah “menyinggung” dan “menjengkelkan” tidak berperlembagaan selepas membenarkan rayuan seorang aktivis untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2023.

Keputusan terbaharu Mahkamah Persekutuan kini dilihat sebagai penetapan semula tafsiran undang-undang berkaitan komunikasi dalam talian di Malaysia.

Kerajaan percaya pindaan terkini mampu memastikan keseimbangan antara kebebasan bersuara dan perlindungan daripada penyalahgunaan platform digital.

Berita berkaitan
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
September 23, 2026· Politik
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
14 jam lalu· Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
22 jam lalu· Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
22 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
September 23, 2026 · Isu semasa
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
22 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok